Utusan Borneo (Sabah)

MSU anjur majlis iftar bersama anak yatim dan rakan industri

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

SHAH ALAM: Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, Management & Science University (MSU) telah mengadakan jamuan iftar bersama anakanak yatim dan rakan industri.

Majlis yang melibatkan kira-kira 800 tetamu jemputan ini adalah selaras dengan usaha MSU untuk menghidupk­an budaya bersyukur dan memberi melalui sumbangan zakat dan duit raya.

Berucap pada majlis tersebut, Presiden MSU, Tan Sri Datuk Wira Mohd Syukri Ab. Yajid, berkata, pada hari ini kita akan meraikan tetamu istimewa daripada rumah kebajikan dan anak yatim.

“Program Ihya Ramadan ini merupakan tradisi yg kita lakukan saban tahun.Kita mempunyai 8 teras utama dan ianya melibatkan semua pelajar MSU seluruh negara.

“MSU Ihya Ramadan 2018 menyaksika­n perlaksana­an aktiviti-aktiviti kebajikan termasuk penyerahan zakat, iftar, bersahur, solat tarawikh, pengagihan bubur lambuk dan banyak lagi aktiviti yang melibatkan warga kampus serta komuniti seluruh negara.

“Antara aktiviti terbesar ialah GPS Ramadhan melibatkan MSU perubatan pelajar yang dijalankan di 11 lokasi yang dipilih meliputi 11 negeri di seluruh negara serta satu lokasi di Bangalore, India.

“Manakala diperingka­t global pula, MSU turut melaksanak­an pengagihan zakat dan penganjura­n program di negaranega­ra seperti Indonesia, India, Sri Lanka, Kazakhstan, Vietnam, Indonesia, Syria, Palestina dan Bosnia,”katanya berucap pada majlis iftar MSU, di sini semalam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah para pensyarah, kakitangan dan para pelajar.

Pada majlis sama, sumbangan zakat dan duit raya bernilai RM149,500 telah disampaika­n oleh Tan Sri Datuk Wira Mohd Syukri Ab. Yajid kepada 23 buah rumah anak yatim dan kebajikan termasuk pada 230 orang penghuniny­a.

Setiap rumah anak yatim dan kebajikan tersebut akan menerima sumbangan zakat sebanyak RM5,000 dan 230 orang penghuniny­a pula akan menerima duit raya RM150 seorang.

Antara rumah kebajikan terlibat ialah Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Pusat Jagaan Baitus Sakinas Wal Mahabbah, Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku, Pertubuhan Al Khadeem (Home of Hope Al Khaadem), Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anakanak Islam Tersisih Selangor (PAKATs), Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih, Pusat Jagaan Nur Sakinah, Yayasan Al Amin, Pusat Jagaan Baitul Hidayah serta Rumah Anak Yatim Rohingya Darul Aitam.

Majlis penyerahan zakat ini adalah sebahagian daripada program MSU Ihya Ramadan 2018 serta acara tradisi MSU dalam mencermink­an komitmen universiti dalam memenuhi tanggungja­wab terhadap komuniti.

 ??  ?? WIRA berucap pada majlis iftar MSU bersama anak yatim.
WIRA berucap pada majlis iftar MSU bersama anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia