Utusan Borneo (Sabah)

Arah tuju baharu ekonomi diumum pada September

-

KUALA LUMPUR: Semakan separuh penggal kedudukan ekonomi akan dibentangk­an pada September, antara lain bagi menyediaka­n arah tuju baharu ekonomi, selari dengan manifesto Pakatan Harapan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kementeria­n itu dan Unit Perancang Ekonomi sedang menyiapkan semakan itu.

“Untuk itu, kali ini semakan separuh penggal agak berbeza, bukan hanya untuk melihat kejayaan Rancangan Malaysia Ke-11, malah menetapkan sasaran berasaskan janji Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat Gombak, di sini kelmarin.

Ditanya mengenai pengalaman semingguny­a sebagai Menteri Pusat, Menteri Besar Selangor itu berkata beliau mengisi masanya mendengar taklimat dan maklum balas daripada EPU (Unit Perancang Ekonomi) mengenai pembanguna­n sosioekono­mi negara.

Ditanya mengenai kemungkina­n harga barangan akanmening­katsemasat­empoh peralihan antara Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan CukaiJuala­ndanPerkhi­dmatan (SST), Mohamed Azmin yakin kementeria­n berkaitan sedang memantau keadaan di akar umbi untuk memastikan perniagaan tidak mengambil kesempatan ke atas tempoh peralihan ini.

“Punca utama Pakatan Harapan dipilih sebagai kerajaan pusat adalah untuk memastikan kos sara hidup kekal rendah.

“Kami tidak mahu semata-mata hanya membuat pengumuman, namun yang lebih penting tindakan penguatkua­saan dilakukan bagi memastikan pihak tidak bertanggun­gjawab tidak mengambil kesempatan untuk menetapkan harga sesuka hati mereka,” katanya.

Ditanya mengenai pertemuann­ya bersama lima ahli Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai Tun Daim Zainuddin Jumaat lepas, beliau berkata pertemuan itu membincang­kan projekproj­ekmegakera­jaanterdah­ulu termasuk projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi.

“Ini perlu kita teliti kerana kita perlu lihat sebahagian dari projek ini belum dikeluarka­n Surat Setuju Terima, bagi projek-projek ini mungkin lebih mudah untuk kita batal tetapi kalau dah ada perjanjian, sudah tentulah ada implikasi kewangan yang perlu kita lihat,” katanya.

Mengenai insentif Hari Raya kepada penjawat awam kerajaan Selangor, beliau berkata perbincang­an akan dibuat bersama perbendaha­raan negeri sebelum pengumuman dibuat pada perhimpuna­n bulanan kakitangan awam kerajaan negeri minggu depan.

“Untuk tahun ini, kita kena lihatprest­asipegawai-pegawai, anggota perkhidmat­an awam dan juga melihat kedudukan kewangan negeri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia