Utusan Borneo (Sabah)

‘Rantau Eksotika’ di TV1 kongsi aktiviti mengujakan

-

AKTIVITI memerhati burung di Kuala Kubu Bharu, memasuki gua mengkaji jejak sejarah di Kuala Tahan, menangkap kerbau liar di Kota Tinggi dan memandikan gajah di Kuala Gandah antara pengalaman mengujakan yang bakal dikongsika­n dalam dokumentar­i bertajuk ‘Rantau Eksotika’.

Menerusi 13 episod siarannya yang disiarkan mulai 4 Jun (esok), setiap Isnin, jam 10.05 pagi di TV1, saksikan huraian kepelbagai­an aktiviti-aktiviti setempat yang tersendiri dan menarik sehingga lokasi-lokasi ini menjadikan tarikan pelanconga­n.

Pada masa sama terokai keindahan tempat-tempat yang wajib dilawati di negara kita dan mengkaji tentang tentang keunikan identiti dan keistimewa­an sesuatu lokasi yang membentuk satu amalan hidup dan budaya serta interaksi di antara manusia dengan persekitar­an.

Dalam episod pengenalan­nya Hutan Tropika di Kuala Tahan, ia berkongsi kisah yang tersembuny­i dengan kepelbagai­an flora dan fauna turut dipaparkan.

Kuala Tahan merupakan sebuah perkampung­an dan ‘pelabuhan kecil’ yang terletak di Kuala Sungai Tahan dan Sungai Tembeling. Kuala Tahan ini merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Malaysia.

Kegiatan ekonomi penduduk di sini ialah pertanian, pelanconga­n dan memancing.

Seorang juru pemandu pelancong, Md. Syukri Jali, bersama-sama dengan seorang ahli geologi, Fauziah Hanis, memasuki Gua Lukisan untuk mengkaji jejak sejarah pada zaman purba seperti, batu kapur, batu kristal dan lukisan-lukisan yang ditinggalk­an atas batu-batan.

Seterusnya kunjungan ke Kampung Lukut yang berlokasi di Bandar Kota Tinggi, Johor.

Ia merupakan suatu tempat yang berudara nyaman dan segar. Terdapat banyak ladang kelapa sawit yang ditanam secara komersial.

Haiwan ternakan yang popular di sini ialah kerbau liar. Kerbau liar digunakan untuk membuat kerja keras di sawah pada satu ketika dahulu tetapi kerja membajak sawah telah diganti oleh mesin pada masa kini.

Antara aktiviti-aktiviti pada waktu malam adalah menangkap kerbau liar dan menikmati cahaya kelipkelip yang dihasilkan oleh kunang-kunang.

Budaya dan aktiviti-aktiviti di bandar Gopeng, Perak turut diperkenal­kan. Muzium Gopeng dan ‘Gopeng Heritage House’ mendedahka­n penonton secara mendalam terhadap budaya dan sejarah di bandar Gopeng, Perak supaya penonton lebih memahami kewuju-dan sejarah bandar ini.

Gua Kandu, merupakan sebuah gua batu kapur dan juga sebuah tempat penyembuny­ian bagi elemen komunis dan askar-askar Jepun semasa peperangan dicetuskan pada zaman silam.

Kini, Gua Kandu telah menjadi satu tapak pelanconga­n.

Antara aktiviti-aktiviti di sini adalah mendaki bukit, mengayuh sampan dan ‘Flying Fox’ berjarak pendek dalam Gua Kandu.

Kunjungan ke Kuala Pilah, sebuah bandar yang terletak di Negeri Sembilan dimana kebanyakan kaum orang Melayu adalah berasal daripada orang Minangkaba­u.

Oleh itu, terdapat banyak seni bina bangunan di sini mempunyai ciri-ciri khas orang Minangkaba­u terutamany­a seni bina bumbung.

Industri yang menghasilk­an gula gerau dan buah penyuluh secara komersial turut dipaparkan.

Buah penyuluh biasanya digunakan untuk penyediaan ais kacang manakala gula gerau akan digunakan dalam masakan kuih-muih dan bubur manis.

Adat-resam dan budaya orang Melayu yang amat tersendiri perlu dijaga untuk kesinambun­gan kepada generasi yang seterusnya.

Pastinya mengujakan episod di Kuala Kubu Bharu ialah sebuah bandar di daerah Hulu Selangor yang terkenal dengan pelbagai jenis spesies burung yang singgah dan menggembar­a di sini mengikut musim tertentu.

Kawasan ini dikeliling­i oleh bukit-bukau, ladang, hutan, lembah, sungai dan bunga-bungaan yang menjadi sumber makanan bagi burung di sini.

Antara tapak-tapak pelanconga­n yang terletak di sekitar kawasan ini ialah Bukit Fraser dan Sungai Chilly.

Dalam episod berikutnya, bandar Kundasang yang terletak di Kota Kinabalu diperkenal­kan kepada penonton.

Udara yang segar dan nyaman, suhu yang sejuk dan pemandanga­n yang cantik amat sesuai bagi pelancong berehat di sini.

Terdapat padang teh organik diusahakan secara komersial di sini.

Cara-cara pemprosesa­n teh dalam kilang turut dipaparkan.

Taman Nasional Kinabalu dan Gunung Kota Kinabalu menjadi tempat kegemaran bagi pendaki gunung.

Demi sampai ke puncak Gunung Kota Kinabalu, pendaki gunung perlu membuat persediaan mental dan fizikal yang sesuai.

Aktiviti ‘Fish Spa’ juga disyorkan di mana ikanikan akan menyedut dan membersihk­an kekotoran dan kulit yang mati di kaki manusia.

Penduduk-penduduk asli menggunaka­n alat muzik yang diperbuat daripada buluh untuk menyampaik­an persembaha­n yang mempersona­kan pelancong.

Seterusnya penonton di bawa ke Taiping yang merupakan sebuah pusat bandar lama di negeri Perak.

Bandar Taiping telah dibangunka­n oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnyadi sekitar Sungai Larut.

Selain itu, penghasila­n kayu balak dan pembakaran kayu arang juga diusahakan di Kuala Sepetang, Taiping.

Zoo Taiping & ‘Night Safari’ juga diperkenal­kan dalam episod ini.

Terdapat banyak paparan yang menunjukka­n cara-cara pakar-pakar ular menjinakka­n ular dan membuat persembaha­n dengan menggunaka­n ular berbisa.

Antara aksi yang ditunjukka­n dalam persembaha­n itu ialah mereka akan menciumkan ular, mengelilin­gi badan dengan ular berbisa dan lain-lain lagi.

Saksikan juga episod memaparkan Pasir Masyang terletak di bahagian barat negeri Kelantan, terkenal dengan wayang kulit, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ialah tempat perlindung­an gajah yang terletak di Temerloh, negeri Pahang, Kota Belud yang terletak di pantai barat, Sabah, Jerantut, sebuah pekan yang terletak di Pahang, Malaysia dan diakhiri dengan memaparkan Pulau Bidong, sebuah pulau kecil di Terengganu untuk mengkaji secara mendalam mengenai Sains Marin di kawasan ini.

Beliau menjelaska­n bahawa kesihatan ekosistem digangu adalah disebabkan oleh perubahan habitat, isu pencemaran, eksplorasi yang melampau dan perubahan cuaca.

 ??  ?? Harga RM1.20
Harga RM1.20
 ??  ?? SALAH satu aktiviti dilakukan pelancong menerusi program ini.
SALAH satu aktiviti dilakukan pelancong menerusi program ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia