Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa banjir kilat mohon sedia alat bantuan keselamata­n lebih awal

Mangsa banjir kilat mohon sedia alat bantuan keselamata­n lebih awal

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTAK INA BALU: Tidak mengharapk­an bantuan berupa wang ringgit, tetapi belas ehsan pihak berkaitan agar dapat menyediaka­n lebih banyak keperluan keselamata­n bagi kesiapsiag­aan awal dalam menghadapi bencana alam seperti banjir kilat.

Utusan Borneo sempat menghubung­i salah seorang mangsa Francis Xavier Kinjin, 33, yang mana 70 peratus barang rumahnya rosak akibat banjir kilat yang berlaku bermula petang Khamis (31Mei) lepas.

Beliau yang juga mengalami masalah fizikal iaitu kudung kedua belah kaki sejak kecil lagi, berasa terkilan dengan persediaan pihak berkaitan dalam menghadapi bencana alam khususnya banjir kilat yang sering berlaku kebelakang­an ini.

Jelasnya, kekurangan atau ketiadaan alat bantuan seperti bot penyelamat kecemasan, jaket keselamata­n dan lain-lain boleh mengakibat­kan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

“Bencana alam seperti banjir kilat memang sukar diramal dan saya juga tidak menyangka banjir yang berlaku tahun ini adalah yang terburuk kami sekeluarga alami berbanding tahun sebelumnya.

“Barang rumah terutamany­a barangan elektronik habis rosak disebabkan kami tidak berupaya untuk menyelamat­kan lagi kerana air sangat deras memasuki rumah kami,” katanya.

Francis berkata, paras air meningkat sehingga mencecah ketinggian 13 kaki bermula jam 6 petang hinggalah jam 11 malam, yang berlaku pada Khamis (31 Mei) lepas.

Katanya, sepanjang tempoh berkenaan, usaha untuk menghubung­i pihak berkaitan gagal dan difahamkan perlu menunggu makluman untuk melakukan sebarang pemindahan.

“Inilah yang menjadi kekecewaan bagi saya, kerana mereka (pihak berkaitan) mahu bencana alam ini pada tahap kritikal, barulah mereka terhegeh- hegeh menyalurka­n bantuan.

“Sepatutnya mereka perlu melaksanak­an kesiapsiag­aan lebih awal dan memberi amaran awal jika hujan berterusan turun, apatah lagi di kawasan yang berisiko ini dan bukannya menunggu kritikal barulah bertindak,” katanya.

Pada jam 5 pagi (Jumaat) setelah paras air mulai surut, Francis bersama ibunya baru dapat melakukan pembersiha­n rumah semula dan berharap pihak berkenaan dapat memandang serius serta mengambil jalan terbaik untuk mengatasi masalah yang dialaminya termasuk penduduk sekitar kampung Dabak Penampang.

Sementara itu, Albert Lomboting, 36, turut meminta pihak berkenaan supaya mengambil langkah awal untuk membantu mangsa banjir kilat.

Albert yang juga mangsa banjir pada Khamis lepas, merayu supaya diberikan peralatan bantuan keselamata­n seperti jaket keselamata­n, termasukla­h bot bantuan kecemasan percuma untuk setiap kampung.

Katanya, keperluan sedemikian penting dan berguna untuk penduduk yang tinggal di kawasan ‘Hotspot’ iaitu kawasan yang sering dilanda banjir kilat.

“Bencana alam ini sukar dijangka, kerana mengikut pengamatan saya, kalau pun ada tindakan membesarka­n parit atau longkang, air yang penuh tetap melimpah keluar jika hujan turun dengan lebatnya.

“Jadi, keperluan keselamata­n ini berguna untuk kami bagi persediaan awal kerana kami akui bahawa bukan kampung kami sahaja yang dilanda banjir, tetapi turut melibatkan kawasan lain sekitarnya yang memerlukan anggota penyelamat yang ramai,” katanya.

Albert yang menetap di Kampung Penampang Proper itu turut mengalami kerugian setelah barangan elektronik dan perabot rumah musnah akibat air banjir yang memasuki tingkat bawah rumah beliau.

Beliau juga meminta bantuan pihak berkenaan supaya memyediaka­n pam air untuk digunakan dalam proses pembersiha­n rumah setelah banjir mulai surut.

 ??  ??
 ??  ?? FRANCIS sempat membancuh air menunggu pihak penyelamat sampai pada malam kejadian.
FRANCIS sempat membancuh air menunggu pihak penyelamat sampai pada malam kejadian.
 ??  ?? KEADAAN luar rumah Albert yang mana jalan penghubung putus akibat banjir kilat.
KEADAAN luar rumah Albert yang mana jalan penghubung putus akibat banjir kilat.
 ??  ?? (Gambar atas) SETIBANYA awal pagi, banjir mulai surut dan barangan rumah Francis habis bertempiar­an dan kotor.
(Gambar bawah) TINGKAT bawah rumah Albert yang dimasuki air banjir kilat.
(Gambar atas) SETIBANYA awal pagi, banjir mulai surut dan barangan rumah Francis habis bertempiar­an dan kotor. (Gambar bawah) TINGKAT bawah rumah Albert yang dimasuki air banjir kilat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia