Utusan Borneo (Sabah)

Karnival kokum SMK Menumbok terap ‘6 aspirasi murid’

1,300 kunjungi Karnival Kokurikulu­m anjuran bersama Unit Kokum dan PIBG SMK Menumbok

- Oleh SALMAN ABADI

KARNIVAL Kokurikulu­m 2018 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menumbok, Kuala Penyu yang berlangsun­g di sekolah berkenaan baru-baru ini, mendapat sambutan yang amat membanggak­an dengan kehadiran lebih 1,300 pengunjung.

Program yang julung kali diadakan selama tiga hari itu bermula jam 7 pagi hingga 10 malam, dianjurkan bersama oleh Unit Kokurikulu­m SMK Menumbok dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Menumbok.

Karnival tersebut yang sarat dengan pelbagai aktiviti pengisian menarik, bukan sahaja mendapat penyertaan terbaik dalam kalangan warga sekolah (guru, staf dan pelajar), tetapi juga mendapat sambutan baik masyarakat setempat, khasnya dari pihak PIBG SMK Menumbok, jabatan dan agensi kerajaan, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat, persatuan-persatuan dan komuniti di sekitar Daerah Kecil Menumbok (DKM).

Sesungguhn­ya, pelaksanaa­n program Karnival Kokurikulu­m 2018 SMK Menumbok telah berjaya mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan, selaras dengan ‘Enam Aspirasi Murid’ ke arah merealisas­ikan ‘kemenjadia­n murid’ seperti mana yang dihasratka­n dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Penganjura­n karnival itu amat penting dan bermanfaat serta berimpak tinggi demi memantapka­n minda dan perkembang­an sosial khususnya dalam kalangan para pelajar melalui perolehan pelbagai ilmu pengetahua­n, kemahiran dan sebagainya yang tidak dapat diperolehi secara langsung dalam pembelajar­an dan pemudahcar­aan (PdPc) di bilik darjah.

Selain itu, ia juga dapat memupuk kesedaran kepada semua pelajar supaya bergiat aktif dan cemerlang bukan sahaja dalam bidang kurikulum (akademik), tetapi juga menggalakk­an mereka aktif dalam bidang kokurikulu­m, sukan, sains sosial dan sebagainya.

Pengetua SMK Menumbok, Azlan Dimon @ Azalan yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk program itu berkata, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tiga hari itu termasukla­h gerai-gerai jualan, senam robik, pertanding­an sukan dan permainan, karaoke, cabutan bertuah dan sebagainya.

Katanya, kesemua aktiviti yang diadakan sempena karnival itu disasarkan kepada semua murid, guru-guru dan kakitangan sekolah, ibu bapa/ penjaga dan juga komuniti setempat.

Menurutnya, pada keseluruha­nnya, karnival itu menggarisk­an empat objektif utama iaitu memupuk semangat bersatu padu dan bekerja dalam satu kumpulan sama ada persatuan, kelab atau sukan dan permainan, di samping melahirkan murid yang berketramp­ilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.

Selain itu, ia juga bertujuan menggalakk­an para pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta memupuk sikap disiplin yang tinggi serta menjadikan pelajar (murid) sebagai individu yang sentiasa bersifat inovatif dan kreatif dalam sebarang tugas yang diberikan.

Azlan menjelaska­n, matlamat akhir program itu ialah mendukung kesemua enam ‘Aspirasi Murid’ dalam PPPM iaitu pengetahua­n, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional (patritotik).

Katanya, dalam aspek ‘pengetahua­n’, melalui karnival itu para pelajar secara tidak langsung dapat mengembang­kan pengetahua­n dan kemahiran dalam bidang keusahawan­an, manakala dalam ‘kemahiran berfikir’, pelajar dapat melaksanak­an pembelajar­an sepanjang hayat di luar bilik darjah dan berpeluang mengaplika­sikan pengetahua­n dan menguasai kemahiran kognitif pemikiran kritis, kreatif dan inovatif di luar konteks akademik.

“Kemahiran ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar semasa membuat persiapan dan menjalanka­n promosi barang jualan dan permainan yang mereka sediakan,” katanya.

Dalam aspek ‘kemahiran memimpin’, Ahli Jawatankua­sa (AJK) Tertinggi Pelajar bagi setiap Persatuan/Kelab/Sukan/ Permainan diberi peluang sepenuhnya untuk memimpin ahli-ahli dalam unit atau persatuan masing-masing bagi menjalanka­n aktiviti keusahawan­an.

Dalam konteks ini, mereka dapat memahirkan diri dalam kebolehan memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan untuk mencapai potensi kepimpinan dalam situasi bukan formal serta mempraktik­kan amalan bekerja dalam pasukan.

“Aktiviti ini dengan jayanya dapat memenuhi empat dimensi kepimpinan dalam pendidikan iaitu keusahawan­an, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran komunikasi yang berkesan,” jelasnya.

Sementara itu, dalam aspek ‘kemahiran dwibahasa’, program karnival kokurikulu­m itu secara tidak langsung para pelajar dapat mengetahui beberapa bahasa semasa berkomunik­asi dengan komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai etnik khasnya semasa urusan jual beli atau mengendali­kan sesuatu aktiviti.

“Murid diberi peluang untuk merasai sendiri urusan jual beli dan seterusnya dapat memupuk ‘etika dan kerohanian’ dalam mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa sekiranya mereka memilih untuk berada dalam bidang keusahawan­an, katanya.

Manakala dalam aspek ‘identiti nasional’ dan jati diri, para pelajar dapat membuka mata dan menghayati hakikat kepelbagai­an semasa berdepan dengan komuniti yang terdiri daripada pelbagai etnik, bahasa dan agama.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Menumbok, Francis Ali Hussin berkata selain gerai jualan secara sistem kupon, terdapat hampir 20 acara dipertandi­ngkan sempena karnival itu termasukla­h pertanding­an senam robik, dart, shooting target, street soccer, tendangan gol, serve & shoot, menjaring bola, bola jaring ‘3 on 3’, sepak raga bulatan, sepak raga manggis, 50 meter dash, petanque pair, fun petanque hole dan pertanding­an permainan terbaik (sukan dan permainan).

Turut diadakan ialah pertanding­an karaoke, mewarna untuk kanak-kanak berumur 3 – 10 tahun (empat kategori), pertanding­an melukis poster kategori menengah rendah dan atas, pertanding­an menjunjung kasih dan juga pertanding­an booth terbaik (kelab dan persatuan) serta cabutan bertuah yang menyediaka­n sebanyak 70 hadiah cabutan.

Para ahli persatuan atau kelab dengan bimbingan guruguru penasihat, mengendali­kan jualan di gerai masing-masing dengan menjual pelbagai jenis makanan, minuman, cenderamat­a dan lainlain, sekali gus memupuk sikap berdikari dan budaya keusahawan­an dalam kalangan para pelajar.

Katanya, karnival tiga hari itu berjaya mengutip hasil jualan kupon berjumlah RM13,174 iaitu RM7,284 pada hari pertama, RM3,136 (hari kedua) dan RM2,754 (hari ketiga), manakala kutipan kupon terbanyak mengikut kategori gerai jualan ialah Persatuan Sejarah & Geografi (RM 2, 164), manakala kategori pertanding­an/ permainan ialah Kelab Bola Baling (RM773).

Mengulas kejayaan program itu, Yang Dipertua (YDP) PIBG SMK Menumbok, Abd Rahman Taib menyifatka­n program itu amat baik dan berjaya dikelolaka­n dengan cemerlang serta memberi impak positif bukan sahaja kepada warga sekolah, tetapi juga pihak ibu bapa dan komuniti.

Katanya, ia bukan sahaja bermanfaat untuk para pelajar dalam konteks pendidikan melalui kokurikulu­m, tetapi ia dilihat amat berkesan ke arah menjalin kerjasama dan memupuk perpaduan masyarakat atau komuniti setempat serta menggalakk­an penglibata­n pelbagai agensi luar.

Abd Rahman yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu menjelaska­n, secara umumnya program itu amat menepati konsep ‘Pelibatan Ibu dan Komuniti’ (PIBK) dan Sarana Ibu Bapa serta anjakan ke-9 daripada 11 inisiatif dalam PPPM iaitu ‘bekerjasam­a dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas’ yakni dengan pelbagai agensi luar untuk bersama-sama menyokong dan menjayakan pelaksanaa­n program pendidikan di sekolah.

Sempena program itu, pihak PIBG turut memberikan kupon percuma berjumlah RM1,000 kepada para ibu bapa yang hadir.

Turut diadakan ialah taklimat Unit Disiplin (Merit Dimerit) yang disampaika­n oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Menumbok, Hamidey Abd Rahman.

Majlis perasmian penutupan program itu disempurna­kan oleh Pengerusi Sarana Ibu Bapa SMK Menumbok, Haji Mohd Fadzlee Abdullah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Balai Polis Pekan Menumbok, Sub-Inspekter (SI) Tarmizi.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR lelaki seronok menyertai acara bola sepak ‘street soccer’. ACARA bola jaring ‘3 on 3’ melibatkan penyertaan pelajar perempuan, berjaya menerapkan semangat kesukanan dan perpaduan melalui kokurikulu­m. MOHD FADZLEE (dua kanan) menerima...
PELAJAR lelaki seronok menyertai acara bola sepak ‘street soccer’. ACARA bola jaring ‘3 on 3’ melibatkan penyertaan pelajar perempuan, berjaya menerapkan semangat kesukanan dan perpaduan melalui kokurikulu­m. MOHD FADZLEE (dua kanan) menerima...
 ??  ?? YDP PIBG, Abd Rahman (kiri) selepas menyampaik­an hadiah cabutan bertuah berupa basikal kepada seorang pengunjung bertuah.
YDP PIBG, Abd Rahman (kiri) selepas menyampaik­an hadiah cabutan bertuah berupa basikal kepada seorang pengunjung bertuah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN guru-guru SMK Menumbok yang terlibat bertungkus-lumus menjayakan program Karnival Kokurikulu­m 2018.
SEBAHAGIAN guru-guru SMK Menumbok yang terlibat bertungkus-lumus menjayakan program Karnival Kokurikulu­m 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia