Utusan Borneo (Sabah)

K’JAAN BUAT KAJIAN MENYELURUH

Banjir sering landa daerah Penampang

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Kerajaan negeri akan membuat kajian menyeluruh berhubung punca masalah banjir yang sering melanda daerah Penampang.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selain faktor cuaca, beliau juga tidak menolak antara punca bencana itu berlaku adalah kesan daripada aktiviti pembalakan dahulu di Tambunan dan Keningau.

“Kawasan kegiatan pembalakan yang agak membimbang­kan itu perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Bukanlah saya cakap punca utama tapi salah satu perkara perlu dilihat secara mendalam supaya dapat mencegah daripada kejadian banjir di sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam satu tinjauan banjir di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri untuk menghentik­an sementara pengekspor­tan balak dilihat antara cara terbaik bagi menangani masalah banjir yang berlaku di Sabah khususnya Penampang.

Sebelum itu, Shafie turut melawat pusat pemindahan banjir di Penampang bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog Jenifer Lasimbang.

Kemudian Shafie turut melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang yang juga dilanda banjir teruk Khamis lalu.

Dalam pada itu, lawatan juga dilakukan di Kampung Rampayan, Manggatal yang diiringi oleh Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman.

Dianggarka­n kira-kira 100 buah rumah di kampung itu terjejas akibat banjir.

 ??  ?? SHAFIE (depan) bersama Azis (belakang) ketika membuat tinjauan banjir di Kg Rampayan.
SHAFIE (depan) bersama Azis (belakang) ketika membuat tinjauan banjir di Kg Rampayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia