Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti barter Tawau-Indonesia akan dipertimba­ng semula

-

TAWAU: Kementeria­n Kewangan Sabah akan mempertimb­ang semula pembukaan aktiviti tukar barang antara Tawau, Malaysia dengan Indonesia, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Sarifuddin Hata.

Beliau berkata perkara itu masih dalam perbincang­an bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta turut mengambil kira maklumat daripada agensi berkuat kuasa termasuk Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

“Permintaan banyak untuk aktiviti perniagaan ini dikembalik­an semula, tetapi pada masa sama perlu ada susun atur pelaksanaa­n agar tiada penyeludup­an melalui jalan tikus (pihak ambil kesempatan).

“Perlu ada kawalan dan penguatkua­saan mapan serta hanya mengiktira­f satu lokasi sahaja untuk perniagaan tersebut, selain hanya melibatkan senarai barangan yang dibenarkan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan penyerahan sumbangan sempena Ramadan kepada 109 anak-anak yatim di sini, pada Sabtu.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai berkata inisiatif untuk mengembali­kan perniagaan barter antara Tawau, Malaysia dan Indonesia secara sah itu dilihat dapat merancakka­n ekonomi penduduk Tawau yang merudum.

Sementara itu, Sarifuddin berkata perniagaan barter bersama Filipina pula akan dibincangk­an lanjut dengan MKN bagi melihat keperluan utama serta faktor keselamata­n.

Beliau turut menggesa agar penguatkua­saan lebih tegas dilaksanak­an kepada peniaga yang terlibat membawa keluar barang kawalan (menyeludup keluar) supaya lesen dibatalkan atau diharamkan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia