Utusan Borneo (Sabah)

Siasatan ‘fail merah’ sedang dijalankan

-

GEORGE TOWN: Proses siasatan berkenaan rahsia ‘fail merah’ yang didakwa mengandung­i perkara berkenaan penyelewen­gan dan skandal membabitka­n syarikat 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) sedang dijalankan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata proses siasatan itu dipertangg­ungjawabka­n kepada syarikat perakaunan dan audit dalaman yang dilantik untuk memastikan siasatan lebih komprehens­if.

“Syarikat perakaunan akan membuat siasatan sedaya upaya dan tiada had masa tetapi saya yakin akan dijalankan (diselesaik­an) secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemeteraia­n perjanjian persefaham­an antara agensi Perbadanan Pemulihara­an dan Pembanguna­n George Town dengan Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Lim berhubung ‘fail merah’ berkenaan yang sebelum ini didakwa cuba disorok oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam wawancara dengan akhbar itu, Lim dilapor berkata sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN menghalang auditor dan pegawai yang bertanggun­gjawab untuk menelitiny­a secara profesiona­l dan integriti.

Dalam perkembang­an lain, Lim memuji langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang memotong 10 peratus gaji ketua menteri dan 10 anggota Exco untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).

Jumlah kutipan THM dikemas kini setiap hari pada 3 petang di laman web Kementeria­n Kewangan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia