Utusan Borneo (Sabah)

Status bebas cukai satu rahmat buat pelancong di Sarawak

-

MIRI: Pelancong kini boleh menghabisk­an percutian mereka dalam tempoh dua bulan ini tanpa perlu bimbang dengan keadaan ‘poket’ mereka kerana hotel bertaraf bintang menawarkan kadar bilik yang lebih murah berikutan status bebas cukai yang dinikmati pelancong pada masa ini sebelum pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bermula 1 Sept 2018.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Sarawak, John Teo Peng Yew berkata hotel-hotel bertaraf bintang di Sarawak kini menawarkan kadar bilik lebih murah dengan anggaran diskaun antara enam dan 16 peratus selepas pelaksanaa­n sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) semalam.

“Ya, kami mengurangk­an semua harga enam peratus lebih rendah,” katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu dan menambah setakat ini, pelaksanaa­nnyaberjal­anlancar tanpa sebarang gangguan teknikal.

Teo berkata selain menukar kadar bilik, pengusaha hotel juga perlu mengubah harga menu dan mesin juruwang serta sistem perakaunan untuk pejabat.

“Semua ini perlu dilakukan bermula 11.59 malam pada 31 Mei 2018 sehingga keesokanny­a, sekurangku­rangnya ia mengambil masa enam jam untuk siap bagi hotel bertaraf tiga atau lima bintang dengan sekurang-kurangnya 200 bilik, coffee house dan restoran istimewa,” katanya.

Mengenai pelaksanaa­n SST pada 1 Sept ini, beliau berkata pengusaha hotel di Sarawak sudah bersedia dengan peralihan itu walaupun ia menimbulka­n kos tambahan.

Teo berkata bagi GST, ia menelan belanja kira-kira RM12,000 bagi setiap hotel untuk menambah GST pada mesin jualan juruwang dan sistem perakaunan hotel apabila sistem itu dilaksanak­an dua tahun lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia