Utusan Borneo (Sabah)

Kapal Rainbow Warrior berlabuh di Pelabuhan Klang

-

KLANG:Kapal Rainbow Warrior milik kumpulan perjuang alam sekitar terkemuka dunia, Greenpeace berlabuh buat kali pertama di negara ini dalam kempen kesedarann­ya mengenai penjagaan alam sekitar di sekitar Asia Tenggara.

Kapal berkenaan sebelum ini telah berlabuh di Filipina, Indonesia dan Singapura dan berada di Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang mulai Sabtu sehingga Selasa depan dan akan meneruskan pelayarann­ya ke Thailand.

Jurucakap Greenpeace Malaysia, Jacqueline Yew, berkata, fokus utama program berkenaan bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar.

“Sebanyak 90 peratus daripada beg plastik yang digunakan tidak dikitar semula dan dibuang meratarata dan program hari ini adalah bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat untuk mengurangk­an penggunaan beg plastik ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di atas kapal berkenaan di sini pada Sabtu.

Turut hadir Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah.

Yew berkata Greenpeace telah menubuhkan pejabatnya di Kuala Lumpur kira-kira setahun yang lalu dan berharap dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam meningkatk­an kesedaran masyarakat negara ini dalam menjaga alam sekitar.

Kapal yang dikendalik­an oleh seorang kapten dan 15 kru itu boleh dilawati oleh orang ramai sehingga Selasa depan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Greenpeace Asia Tenggara, Nagarev Sano berkata, Greenpeace berharap dapat bekerjasam­a dengan kerajaan dan rakyat Malaysia bagi meningkatk­an kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai isu berkaitan perubahan iklim, pencemaran plastik dan pembasmian hutan.

“Greenpeace berharap untuk bekerjasam­a dengan kesemua sektor masyarakat dan kami teruja mahu melihat kesemua negara termasuk Malaysia berbuat sesuatu ke arah masa hadapan yang lebih hijau dan aman,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia