Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Hidupan Liar teruskan operasi

25 gajah akan dihalau ke Tabin

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu akan meneruskan operasi menghalau 25 ekor gajah yang dikenalpas­ti berada di sekitar dua buah kampung di Tungku ke habitatnya di Rizab Hidupan Liar Tabin, dekat sini.

Pegawainya, Silvester Saimin berkata sejak 21 Mei lalu, seramai 16 orang kakitangan telah ditugaskan secara bergilir-gilir bagi memantau dan bertindak mengawal pergerakan kumpulan gajah itu.

“Operasi ini tidak akan dihentikan selagi kumpulan gajah ini tidak kembali ke habitatnya yang asal iaitu di Rizab Hidupan Liar Tabin.

“Sehingga kini, petugas-petugas jabatan berjaya menghalang gajah dari memasuki kampung-kampung lain yang berdekatan.

“Beberapa kaedah lain akan dilakukan secara berperingk­at bagi memastikan operasi ini berjaya,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, penggunaan kaedah bunyi menggunaka­n alat dikenali ‘multi bank’ antara iktihar petugas yang memberi kesan pada operasi ini.

Katanya, jabatan akan terus meningkatk­an operasi mereka dalam masa terdekat ini agar pergerakan kumpulan gajah itu menuju ke habitatnya dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan.

Mengulas lanjut, Silvester berkata kumpulan gajah itu akan digerakkan sejauh kira-kira 12 kilometer menuju ke Tabin tanpa menggunaka­n sebarang kaedah pemindahan menggunaka­n kenderaan kerana jumlahnya yang banyak.

Kumpulan 25 ekor gajah itu dipercayai bergerak keluar dari habitatnya mencari makanan sehingga berada di sekitar dua buah kampung iaitu Kampung Taburi dan Sri Darun.

Penduduk kampung resah dengan kehadiran kumpulan gajah tersebut kerana mata pencarian mereka dari ladang kelapa sawit dilaporkan dirosakkan gajah.

“Operasi ini tidak akan dihentikan selagi kumpulan gajah ini tidak kembali ke habitatnya yang asal iaitu di Rizab Hidupan Liar Tabin. Sehingga kini, petugas-petugas jabatan berjaya menghalang gajah dari memasuki kampung-kampung lain yang berdekatan. SILVESTER SAIMIN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia