Utusan Borneo (Sabah)

600 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada pelanggan Jakel

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 600 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada pelanggan Jakel Sabah di sini dengan kerjasama Adabi.

Pengurus Amran Textiles Sdn Bhd Muhammad Aizad Shamsuddin berkata, pengagihan itu dilakukan sempena dengan bulan Ramadan selain memberikan penghargaa­n kepada pelanggan pelanggan setia.

“Program bermula dari jam 10 sehingga 12 tengahari, kami menyediaka­n hanya dua periuk bubur lambuk (600 bungkus).

“Bagaimanap­un, ianya jelas tidak mencukupi memandangk­an ramai pelanggan datang ke kedai ini untuk mencari baju raya.

“Oleh itu, kami akan menambah jumlah periuk bubur lambuk di masa hadapan iaitu empat sehingga enam periuk,” katanya ketika ditemui di Program Pengagihan Bubur Lambuk di sini pada Sabtu.

Beliau turut memberikan jaminan kepada semua pelanggan bahawa pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (G S T) menyebabka­n banyak pakaian yang kini dijual dengan harga rendah.

Katanya, selain potongan harga yang ditawarkan sehingga 30 peratus seterusnya tanpa GST, pakaian yang ada sudah pasti lebih murah berbanding sebelum ini.

“Sewaktu tempoh pengamalan GST, kami sebenarnya menyerap kos itu dan kini tanpa GST, maka barangan yang ditawarkan adalah lebih murah,” katanya.

Katanya, selain pengagihan bubur lambuk, kempen derma darah turut diadakan bemula 3 Jun bagi membantu kekurangan darah dalam hospital.

Hadir sama ialah Pengarah Amran Textiles Sdn Bhd Mohd Amran Mohd Nor.

 ??  ?? AMRAN (kiri) menyerahka­n bubur lambuk kepada salah seorang pelanggan, turut kelihatan ialah Aizad (kanan).
AMRAN (kiri) menyerahka­n bubur lambuk kepada salah seorang pelanggan, turut kelihatan ialah Aizad (kanan).
 ??  ?? AMRAN (lima kanan) dan Aizad (lima kiri) merakamkan gambar kenangan ketika diprogram itu.
AMRAN (lima kanan) dan Aizad (lima kiri) merakamkan gambar kenangan ketika diprogram itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia