Utusan Borneo (Sabah)

Tabung Harapan Malaysia beri peluang rakyat bantu kerajaan kurangkan hutang

-

IPOH: Penubuhan Tabung Harapan Malaysia memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia menunjukka­n sokongan kepada kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan dalam mengurangk­an beban hutan negara, kata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Beliau berkata tabung itu juga adalah simbol patriotik bagi membolehka­n rakyat membuktika­n yang mereka menyayangi negara ini dan jumlah sumbangan bukan ukuran sebaliknya keikhlasan untuk membantu negara.

“Satu sen ke RM1 atau nilai lain yang disumbangk­an... ikut kemampuan diri dan paling penting ia berteraska­n keikhlasan untuk membantu kerajaan mendepani masalah yang dihadapi terutama daripada sudut hutang negara,” kata Anggota Parlimen Teluk Intan itu kepada pemberita, di sini pada Ahad.

Beliau sebelum itu menerima sumbangan daripada Spritzer Berhad dan Yee Lee Corporatio­n Berhad yang masingmasi­ng menyumbang RM500,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Penyelidik­an dan Pembanguna­n Spritzer Berhad, Dr Chuah Chaw Teo berkata pihaknya berbangga kerana dapat bersama-sama rakyat Malaysia yang lain menyumbang ke dalam tabung berkenaan yang dilancarka­n pada 30 Mei lalu.

Katanya sumbangan yang diberikan itu juga boleh menjadi motivasi kepada pihak swasta dan badan korporat lain untuk bersama dalam memastikan masalah hutang tersebut dapat diatasi secara efisien.

“Kita harap pemimpin yang mengepalai pentadbira­n negara ketika ini mampu dan berjaya mendepani segala cabaran yang mendatang khususnya dalam memastikan bebanan hutang negara berkuranga­n daripada jumlah asal,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia