Utusan Borneo (Sabah)

Tukar beg udara: Anthony

Baharu boleh perbaharui cukai jalan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pengangkut­an mengarahka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) untuk tidak membenarka­n pembaharua­n cukai jalan kepada pemilik kenderaan yang masih belum menukar beg udara jenis Takata yang bermasalah.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

“Mengikut rekod Honda (Honda (M) Sdn Bhd), sebanyak 71,315 kereta syarikatny­a keluaran 2003 hingga 2013 belum menukar beg udara jenis Takata yang bermasalah.

“Saya telah arahkan JPJ untuk tidak membenarka­n pemilik kenderaan yang terlibat memperbaha­rui cukai jalan sekiranya tidak mengemukak­an surat pengesahan daripada Honda yang mereka telah menukar beg udara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat keluarga mangsa kemalangan di Taman Len Seng, Cheras yang maut, Pong Hou Tien, 23, pada Ahad (27 Mei), dipercayai berpunca daripada kerosakan beg udara kenderaan Honda City yang dipandunya.

Turut hadir pada lawatan di Jalan Damai Perdana, dekat Cheras, di sini adalah Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shahruddin Khalid.

Anthony berkata setakat ini, terdapat lapan kes kemalangan jiwa membabitka­n beg udara jenis Takata itu di Malaysia dan menggesa pemilik syarikat kereta lain yang menggunaka­n beg udara jenis sama supaya memberi data mengenai pemilik kenderaan yang belum menukar beg udara mereka kepada JPJ.

“Dalam hal ini, saya tidak mahu menuding jari kepada pemilik syarikat kereta kerana mereka dari semasa ke semasa telah mengeluark­an surat peringatan kepada pemilik kenderaan untuk menukar beg udara. Ia bergantung kepada kesedaran pemilik kenderaan sendiri,” katanya.

“Saya telah arahkan JPJ untuk tidak membenarka­n pemilik kenderaan yang terlibat memperbaha­rui cukai jalan sekiranya tidak mengemukak­an surat pengesahan daripada ” Honda yang mereka telah menukar beg udara. ANTHONY LOKE SIEW FOOK , Menteri Pengangkut­an

 ??  ?? ANTHONY (kanan) bersama Shaharuddi­n (kiri) dan Pong Yew Loong, 46, bapa mangsa kemalangan yang berpunca dari kerosakan beg udara melihat laporan kenderaan ketika mengadakan lawatan ke atas keluarga mangsa di Cheras.
ANTHONY (kanan) bersama Shaharuddi­n (kiri) dan Pong Yew Loong, 46, bapa mangsa kemalangan yang berpunca dari kerosakan beg udara melihat laporan kenderaan ketika mengadakan lawatan ke atas keluarga mangsa di Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia