Utusan Borneo (Sabah)

Pinjam RM30,000 tidak dapat, rugi pula lebih RM21,000

-

KUANTAN: Hasrat asal hanya untuk meminjam RM30,000 namun akibat mempercaya­i syarikat pinjaman wang yang tidak wujud menyebabka­n seorang peniaga kerugian lebih RM21,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 50 tahun diperdayak­an dua suspek termasuk seorang wanita selepas melihat iklan pinjaman wang yang ditawarkan di laman sosial Facebook pada 17 April lepas.

“Setelah berbincang dengan suspek wanita, mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM30,000 dengan kadar faedah 5.2 peratus setahun dan bayaran balik sebanyak RM630 sebulan selama lima tahun.

“Selang tiga hari kemudian (20 April) mangsa diminta untuk mengemukak­an dokumen seperti salinan kad pengenalan, sijil pendaftara­n perniagaan dan bil air serta elektrik. Dia kemudianny­a dihubungi suspek lelaki yang mendakwa dirinya sebagai orang yang menguruska­n pinjaman,” katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.

Mohd Wazir menambah suspek lelaki itu memaklumka­n mangsa bahawa beliau perlu membuat beberapa bayaran kononnya sebagai bayaran surat perjanjian, deposit tiga bulan pinjaman, yuran dan bayaran keselamata­n akaun yang kesemuanya berjumlah RM21,795.

Katanya, mangsamenj­elaskan bayaran itu sebanyak 10 kali menggunaka­n mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) CIMB di Pekan dan juga menerusi transaksi perbankan internet.

“Selepas membuat semua bayaran itu, mangsa cuba menghubung­i suspek lelaki beberapa kali namun gagal menyebabka­n dia berasa ditipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan semalam,” katanya.

Mohd Wazir berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia