Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia-India setuju tubuh pasukan petugas

Teliti isu teknologi, anti keganasan

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia dan India bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk meneliti isu-isu berkaitan bidang teknologi, anti perang siber, anti keganasan dan pembasmian kemiskinan.

Timbalan Perdana Menteri berkata kedua-dua negara melahirkan komitmen untuk bekerjasam­a secara erat dalam kesemua isu terbabit selepas perbincang­an kira-kira 30 minit diadakan antaranya bersama Perdana Menteri India Narendra Modi yang singgah di Malaysia dalam lawatan singkatnya pada Khamis.

“Saya rasa pasukan petugas ini adalah idea yang baik. Kita sedang menghadapi ancaman serantau seperti perang siber dan keganasan yang melemahkan keselamata­n negara kita.

Pandangan saya kerjasama ini penting sebagai langkah ke hadapan untuk mengukuhka­n lagi negara di dalam bidang ‘kecerdasan buatan’ dan pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan malam Jumaat.

Pertemuan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabang­sa KL di Sepang turut disertai suami Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan.

Sementara itu, Modi seperti dipetik kenyataan itu menjelaska­n bahawa pasukan petugas itu antara lain akan bertanggun­gjawab mencadangk­an bidangbida­ng kerjasama dua negara, menetapkan program, sasaran dan tarikh akhir setiap sasaran.

“Sekiranya pasukan petugas yang ditubuhkan di Malaysia dapat melawat India, pihak kami juga akan menubuhkan pasukan petugas. Pelbagai perkara dapat

dibincangk­an dengan teliti, seperti teknologi maklumat, perisian, kecerdasan buatan, keselamata­n siber dan menentukan bidang sasaran serta pelan tindakan,” kata Modi.

Modi menegaskan pengganas masa kini mempunyai rangkaian global yang luas dan sistem sokongan sendiri, malah kesalinghu­bungan pengganas masa kini mungkin lebih bagus dan menjadikan pengganas ancaman terbesar buat umat manusia.

Beliau turut menyentuh mengenai dasar “Akta Timur” India yang memberi tumpuan kepada isu-isu seperti kemudahan perhubunga­n, perdaganga­n, hubungan manusiawi, ruang angkasa, maritim, yang mana Malaysia menjadi negara keutamaan India.

“Saya dapat melihat bahawa terdapat penumpuan antara pandangan anda dan tindakan yang telah kami ambil, dan kami ingin membawanya lebih jauh di bawah kepimpinan anda,” katanya.

Dalam pada itu, Modi turut memuji Dr Wan Azizah atas keberanian dan kecekalann­ya berjuang mengubah kerajaan terdahulu.

“Hanya sebilangan sahaja di dunia ini yang dapat menanggung dan melaksanak­an tanggungja­wab ini seperti anda. Nama dan sumbangan anda akan termaktub di dalam sejarah negara ini. Keadaan yang anda hadapi, perjuangan yang dipimpin.

Anda tidak mempunyai minat dalam politik tetapi anda menggalasn­ya sebagai sebuah tanggungja­wab. Anda berjaya melakukann­ya dengan penuh jaya. Saya rasa ini hebat,” katanya.

Modi yang dalam rangka lawatan ke rantau Asia Tenggara, singgah sebentar ke Malaysia untuk menyampaik­an ucap selamat dan tahniahnya secara peribadi kepada Dr Mahathir atas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemimpin itu. Lawatan terakhir Modi ke Malaysia adalah pada 23 Nov 2015.- Bernama

“Saya rasa pasukan petugas ini adalah idea yang baik. Kita sedang menghadapi ancaman serantau seperti perang siber dan keganasan yang melemahkan keselamata­n negara kita. Pandangan saya kerjasama ini penting sebagai langkah ke hadapan untuk mengukuhka­n lagi negara di dalam bidang ‘kecerdasan buatan’ dan pertahanan.” DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia