Utusan Borneo (Sabah)

Peranan JKKK perlu digerakkan segera atasi masalah penduduk

-

KULIM: Kerajaan Kedah berharap status Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) yang ‘dibekukan’ kerajaan Persekutua­n akan segera diberi peranan semula.

Pengerusi Pertanian dan Asas Tani, Pengangkut­an dan Pembanguna­n Insan Negeri, Azman Nasrudin berkata, ini penting dalam memastikan masalah penduduk setempat dapat diselesaik­an segera.

“Sehingga kini, jawatan JKKK masih ‘hold’ dan kita masih menunggu keputusan daripada kerajaan pusat. Tidak dinafikan, JKKK adalah instrumen penting untuk kami mengumpul maklumat dan seterusnya menyelesai­kan masalah di akar umbi.

“Dengan beberapa musibah termasuk banjir teruk yang berlaku baru-baru ini, sudah tentu peranan JKKK sangat penting terutama kepada agensi-agensi terlibat dalam mendapatka­n maklumat bagi menyalurka­n bantuan kepada mangsa dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Anak Yatim bersama Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) di sini, pada Sabtu yang turut dihadiri Pengurus Perkeso Kulim, Tunku Shahrain Tunku Salehan serta Anggota Parlimen Padang Serai, M. Karupaiya.

Pada majlis itu, dua keluarga asnaf menerima sumbangan berupa pakaian dan kelengkapa­n raya daripada Perkeso yang keseluruha­nnya bernilai lebih RM2,000.

Penerima, Nur Hafizah Abdul Hamid, 30, yang kematian suaminya, Mohd Shahruddin Sharif pada awal tahun ini bersyukur menerima bantuan raya tersebut kerana tiga anaknya berusia setahun hingga 6 tahun dapat berbaju raya baharu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia