Utusan Borneo (Sabah)

Ag. Husaini: Utamakan aspek keselamata­n

Elak kemalangan berlaku di tapak pembinaan

- Oleh SADDAM EDRIS

PUTATAN: Pemaju dan kontraktor diingatkan supaya sentiasa mementingk­an aspek keselamata­n di tapak pembinaan bagi mengelakka­n kemalangan berlaku melibatkan orang awam.

Ahli Parlimen Putatan P .173 Putatan Awang Husaini Datuk Sahari berkata, peringatan itu penting susulan berlakunya insiden dua kanak- kanak mati lemas di kolam buatan di salah satu tapak pembinaan di sini.

“Saya sedih kerana masih ada kontraktor mengabaika­n aspek keselamata­n di kawasan tapak pembinaan mereka dan saya melihat sendiri, tiadanya sebarang papan tanda amaran atau pembinaan pagar di sekitar tapak itu.

“Jelas disitu, aspek keselamata­n sudah diabaikan dan saya ingin memberi peringatan keras bahawa semua pemaju perlu mengambil iktibar apa yang berlaku dan membuat sistem keselamata­n yang lebih baik agar kejadian sebegini tidak berulang kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi rumah mangsa sambil menghulurk­an bantuan berupa wang tunai kepada keluarga mangsa di Kampung Petagas dan seterusnya melawat lokasi kejadian, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Husaini juga mengingatk­an pihak kontraktor berkenaan supaya bertanggun­gjawab atas sikap kelalaian dalam menguatkua­sakan keselamata­n di kawasan tapak pembinaan.

Beliau mencadangk­an supaya pihak kontraktor berkenaan juga akan mengunjung­i rumah mangsa AWANG HUSAINI DATUK SAHARI Ahli Parlimen Putatan dan meminta maaf atau membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

“Seandainya mereka (kontraktor terbabit) masih enggan berbuat sedemikian, ia dilihat sudah melanggar batas-batasbuday­ayangsudah sekian lama dipraktikk­an di Malaysia.

“Jadi, saya akan menyerahka­n sepenuhnya keputusan kepada pihak keluarga mangsa sama ada mereka akan mengambil tindakan undang- undang atau sebaliknya dan kami juga tidak ada halangan untuk memberi sebarang bantuan, “katanya.

Kejadian yang berlaku pada jam 3 petang, mangsa Muhamad Nazri Syawal, 14, dan adiknya Muhamad Faris, 10, ditemui lemas di kolam buatan di tapak pembinaan sekolah menengah di Kampung Petagas, Putatan pada Khamis.

Aspek keselamata­n sudah diabaikan dan saya ingin memberi peringatan keras bahawa semua pemaju perlu mengambil iktibar apa yang berlaku dan membuat sistem keselamata­n yang lebih baik agar kejadian sebegini tidak berulang kembali

 ??  ?? AWANG Husaini mendengar keterangan dari bapa mangsa iaitu Syawal Gamalid Abdullah, 45 ketika mengunjung­i rumah mangsa di Kampung Petagas.
AWANG Husaini mendengar keterangan dari bapa mangsa iaitu Syawal Gamalid Abdullah, 45 ketika mengunjung­i rumah mangsa di Kampung Petagas.
 ??  ?? AWANG Husaini melawat lokasi kejadian yang mengakibat­kan dua kanakkanak maut akibat lemas.
AWANG Husaini melawat lokasi kejadian yang mengakibat­kan dua kanakkanak maut akibat lemas.
 ??  ?? AYAH mangsa menunjukka­n lokasi kejadian.
AYAH mangsa menunjukka­n lokasi kejadian.
 ??  ?? KOLAM buatan iaitu lokasi kejadian lemas berlaku.
KOLAM buatan iaitu lokasi kejadian lemas berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia