Utusan Borneo (Sabah)

Zverev bangkit bergaya tundukkan Dzumhur

Djokovic turut melangkah ke pusingan keempat tenis Terbuka Perancis

-

PARIS, Perancis: Pemain pilihan kedua kejohanan dari Jerman, Alexander Zverev, menyelamat­kan satu mata akhir ketika bangkit bergaya sebelum menewaskan Damir Dzumhur dari Bosnia dalam lima set dan melangkah ke pusingan keempat Terbuka Perancis sementara bekas juara, Novak Djokovic, mengesahka­n kemaraan ke pusingan 16 akhir satu kejohanan Grand Slam buat kali ke-43 Jumaat lepas.

Dzumhur, pemain ranking ke-29 dunia, mempunyai mata akhir pada set keempat tetapi Zverev berjaya bertahan sebelum menang 6-2, 3-6, 4-6, 7-6 (7/3) dan 7-5.

Zverev, 21, yang dilihat sebagai ancaman utama impian Rafael Nadal memenangi kejohanan di sini buat kali ke11, mengharung­i permainan mendebarka­n di Stadium Philippe Chatrier.

Beliau melakukan 73 kesilapan mudah, hilang servis sebanyak lapan kali dan tujuh kali kesilapan pukulan servis berganda.

Beliau juga dipaksa meny- elamatkan satu mata akhir pada permainan ke-10 sebelum mendahului kedudukan dan kemudian mengesahka­n kemaraan ke pusingan 16 akhir buat kali pertama di mana beliau akan bertemu sama ada pilihan ke-15 dari Perancis,

Lucas

Pouille atau Karen

Khachanov dari Rusia.

Perlawanan di antara Pouille dan Khachanov adalah salah satu dari dua perlawanan bahagian lelaki yang belum selesai kerana hari sudah terlalu gelap untuk bermain dengan Khachanov mendahului 6-3, 7-5 dan 1-1. “Ia adalah perlawanan yang sangat hebat dan di peringkat tertinggi,” kata Zverev selepas kemenangan pertama beliau di Chatrier. “Ia adalah kali pertama saya menang di stadium ini dan saya berharap ada banyak lagi kemenangan menyusul di sini.”

Zverev, yang juga bangkit dari ketinggala­n 1-2 pada perlawanan pusingan kedua menentang Dusan Lajovic dari Dusan, memburu impian menjadi pemain Jerman pertama memenangi kejuaraan bahagian lelaki sejak 1937.

Tetapi beliau tidak pernah melangkah ke peringkat suku akhir mana-mana kejohanan Grand Slam sebelum ini, walaupun format lima set terbaik memihak kepada beliau di sini kali ini.

Djokovic dipaksa berhempas-pulas sebelum menewaskan Roberto Bautista Agut dari Sepanyol 6-4, 6-7 (6/8), 7-6 (7/4) dan 6-2.

Jaguh dari Serbia itu bagaimanap­un bergelut mencari per- mainan sebelum akhirnya menang dalam pertarunga­n tiga jam dan 48 minit.

Djokovic sekarang sudah melangkah ke pusingan 16 akhir buat kali ke-43, mengikat rekod dengan Jimmy Connors tetapi di kedudukan kedua keseluruha­n di belakang Roger Federer (60 kali).

Djokovic diletakkan sebagai pemain pilihan ke-20 tahun ini selepas bergelut mencari rentak sejak kembali dari kecederaan siku, akan menentang Fernando Verdasco, yang menyingkir­kan pilihan keempat, Grigor Dimitrov.

Pada perlawanan lain, jaguh Jepun, Kei Nishikori, tidak menghadapi masalah untuk meneruskan kemaraan ke pusingan keempat buat kali kelima selepas menewaskan pemain tuan rumah, Gilles Simon 6-3, 6-1 dan 6-3.

Dengan kemenangan itu, Nishikori akan menentang Dominic Thiem dari Austria, yang menewaskan Matteo Berrenttin­i dari Itali 6-3, 67(5/7), 6-3 dan 6-2.

Dalam bahagian wanita, juara Terbuka Australia, Caroline Wozniacki, menewaskan pemain tuan rumah, Pauline Parmentier 6-0 dan 6-3.

Pemain pilihan kedua kejohanan itu akan bertemu Daria Kasatkina yang menewaskan Maria Sakkari 6-1, 1-6 dan 6-3.

Madison Keys dari Amerika Syarikat (AS), menewaskan pemain pilihan ke-21, Naomi Osaka dari Jepun 6-1 dan 7-6(9/7) untuk menempah pertemuan menentang pilihan ke-31, Mihaela Buzarnescu. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? ZVEREV membalas pukulan lawannya Damir Dzumhur, sewaktu pertemuan pusingan ketiga Terbuka Perancis. - Gambar AFP
ZVEREV membalas pukulan lawannya Damir Dzumhur, sewaktu pertemuan pusingan ketiga Terbuka Perancis. - Gambar AFP
 ?? - Gambar REUTERS ?? DJOKOVIC meraikan kejayaan menewaskan pemain Sepanyol Robert Bautista Agut, di pusingan ketiga tenis Terbuka Perancis.
- Gambar REUTERS DJOKOVIC meraikan kejayaan menewaskan pemain Sepanyol Robert Bautista Agut, di pusingan ketiga tenis Terbuka Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia