Utusan Borneo (Sabah)

Skuad olahraga SUKMA Sabah menang 3 emas

Pada hari pertama Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad olahraga Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah meraih tiga pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa pada dua hari pertama Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina di Bandaraya Ilagan yang sedang berlangsun­g sejak 31 Mei hingga 4 Jun.

Sabah meraih tiga emas, tiga perak dan dua gangsa pada hari pertama, Khamis lalu.

Pingat emas dimenangi Camelia Jasten dalam acara 400m wanita, Zaidi Khani Kanisius (400m lelaki junior - 50.55s) dan rangkaian 4x100m wanita yang dianggotai Halimatul Saadiah, Chelsea Casopea, Puteri Nur Safira Gazali dan Ikma Syafiera Duris.

Pingat perak dimenangi Brynoth Alarick Larry (lontar peluru - 14.32m), Puteri Nur (400m wanita) dan Halimatul (100m lari berpagar - 15.93s) manakala

SKUAD olahraga SUKMA Sabah menjalani latihan pusat dan menyertai pertanding­an di Filipina.

pingat gangsa dimenangi Zulkifli Saidin (lontar peluru - 14.09m) dan Karmentina Nadia (100m lari berpagar wanita 15.97s).

Ia merupakan catatan peribadi terbaik Brynoth dan Zulkifli.

Pengurus pasukan, Ali Aman dalam kenyataann­ya dari Filipina berkata, satu lagi gangsa dimenangi menerusi Marlin Hing William dalam acara 1500m wanita (1:02.92s) pada hari kedua, Jumaat lalu.

Penyertaan skuad olahraga SUKMA Sabah pada kejohanan itu adalah sebahagian daripada program persiapan menghadapi SUKMA Ke-19 Perak 2018 September depan.

Skuad olahrga SUKMA Sabah telah menjalani dua fasa latihan pusat di Filipina iaitu pada 7 Mei-6 Jun dan fasa kedua yang dijadualka­n pada Ogos hingga September. SUKMA Perak dijadualka­n berlangsun­g pada 12-22 September dan mempertand­ingkan 29 jenis sukan.

 ??  ??
 ??  ?? RANGKAIAN 4x100m wanita Sabah menang emas di terbuka Filipina.
RANGKAIAN 4x100m wanita Sabah menang emas di terbuka Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia