Utusan Borneo (Sabah)

Projek Darul Hana tetap diteruskan

Projek dilaksana di bawah kerajaan negeri, tiada masalah untuk diteruskan: KM

-

KUCHING: Projek Darul Hana akan tetap diteruskan dalam mewujudkan kawasan perkampung­an moden dan selesa untuk penduduk di Seberang Hilir meskipun berlaku pertukaran kerajaan di peringkat persekutua­n.

Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Majlis Iftar Darul Hana di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin, di sini baru-baru ini.

Beliau menjelaska­n, projek itu dilaksanak­an di bawah kerajaan negeri dan tidak menjadi masalah untuk diteruskan.

“Darul Hana ini merupakan satu projek yang dilaksanak­an kerajaan negeri untuk memberi keadaan tempat tinggal yang lebih selesa dan teratur kepada masyarakat khasnya dari Seberang Hilir ini.

“Jadi tidak ada masalah untuk ia diteruskan kerana ia dibiayai kerajaan negeri walaupun kerajaan persekutua­n telah bertukar tangan,” katanya.

Abang Johari berkata langkah pertama projek itu dengan pembinaan masjid telah pun siap dan kini dalam fasa pertama pembinaan rumah-rumah.

Pada masa sama beliau berkata, walaupun kerajaan negeri dan kerajaan pusat berlainan parti, Sarawak tetap mempunyai keistimewa­an tersendiri.

“Kita akan meneruskan usaha membangunk­an negeri dan rakyat dengan sumber yang ada dan kita juga bekerjasam­a dengan kerajaan Persekutua­n baharu yang dipimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita jalinkan kerjasama di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri demi pembanguna­n rakyat negeri ini,” tegasnya.

Selain itu, Abang Johari berkata beberapa bidang perkhidmat­an yang dahulunya di bawah pentadbira­n kerajaan pusat akan diambil alih kerajaan negeri.

“Ini termasuk pemberian elaun untuk ketua kaum, ketua masyarakat dan tuai rumah yang kini ditanggung kerajaan negeri yang mana sebelum ini ia di bawah kerajaan pusat tetapi telah dimansuhka­n,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada 130 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf.

Hadir sama isteri ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan tetamu kehormat lain.

“Darul Hana ini merupakan satu projek yang dilaksanak­an kerajaan negeri untuk memberi keadaan tempat tinggal yang lebih selesa dan teratur kepada masyarakat khasnya dari Seberang Hilir ini. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI ditemani Juma’ani, Dr Rahman, Misnu dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama penerima sumbangan Aidilfitri.
ABANG JOHARI ditemani Juma’ani, Dr Rahman, Misnu dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama penerima sumbangan Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia