Utusan Borneo (Sabah)

Gawai antara perayaan yang mengikat harmoni rakyat: Safiee

-

MUKAH: Hari Gawai Dayak harus dilihat sebagai salah satu pengikat perpaduan khususnya dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Daro Safiee Ahmad berkata, Gawai merupakan perayaan yang mengikat serta memperkuku­hkan keharmonia­n semua pihak.

“Saya percaya Hari Gawai adalah sambutan untuk semua kaum tidak mengira agama yang akan meraikanny­a bersama-sama,” katanya pada Majlis Mantar Gawai melibatkan sembilan rumah panjang di Meradong dekat sini, baru-baru ini yang menyaksika­n Rumah Jackson Moss menjadi tuan rumah.

Menurutnya, Gawai juga adalah perayaan terbaik untuk semua rumah panjang bersatu padu dan menunjukka­n sikap kerjasama melalui aktiviti kunjung mengunjung, selain mengadakan pelbagai aktiviti di rumah panjang.

Safiee juga berpesan supaya tidak berlaku kekacauan atau kekecohan ketika sambutan Gawai diraikan.

Perkara seperti itu katanya, akan merugikan semua pihak terlibat dan tidak memberikan apa-apa kesan positif.

“Kekalkanla­h semangat kerjasama, perpaduan serta amalan kunjung mengunjung pada Gawai ini,” jelasnya.

Masa perayaan itu juga menurut Safiee, memberi peluang untuk menziarahi sahabat-handai serta saudaramar­a tidak mengira jauh atau dekat.

Mantar Gawai berkenaan melibatkan sembilan rumah panjang dari kawasan Teluk Batu, Teluk Bulat dan Bukit Papit.

 ??  ?? SAFIEE (kanan) menyerahka­n geran projek kecil uar bandar kepada wakil-wakil penerima semua rumah panjang.
SAFIEE (kanan) menyerahka­n geran projek kecil uar bandar kepada wakil-wakil penerima semua rumah panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia