Utusan Borneo (Sabah)

GST sifar beri kesan berbeza kepada industri perumahan

-

KUCHING: Pelaksanaa­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar berkuat kuasa pada Jumaat dipercayai akan memberi kesan berbeza kepada industri perumahan.

Penasihat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Sim Kiang Cheok berkata bagi rumah kediaman yang sudah siap, tiada GST dikenakan tetapi GST dikenakan ke atas kos menyiapkan rumah berkenaan.

“Seterusnya subjualan tidak akan mempengaru­hi harga rumah kediaman yang sudah siap.

“Manakala rumah kediaman yang sedang dalam proses pembinaan dan jika ia masih pada peringkat awal pembinaan, penjimatan GST ialah selama dua bulan sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berkuat kuasa September ini,” katanya kepada Utusan Borneo pada Khamis.

Menurutnya pelaksanaa­n SST akan menaikkan semula kos pembinaan rumah yang secara langsung akan memberi impak kepada harga rumah siap.

Manakala untuk hartanah komersil yang sudah siap dibina, Sim berkata penarafan sifar GST akan memberi penjimatan ke atas kos harga jualan.

“Hartanah komersil yang sedang dibina ada penjimatan kos pembinaan selama dua bulan sebelum SST berkuat kuasa.

“Kos itu tidak akan memberi banyak penjimatan kerana harga beberapa bahan binaan mungkin naik.

“Ini kerana mungkin berlaku peningkata­n kos kerana SST dianggar pada kadar lama iaitu 10 peratus,” ujarnya.

Rabu lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di ibu negara mengumumka­n GST dimansuhka­n berkuat kuasa 1 Jun dan digantikan semula dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang dijadual dilaksanak­an bermula September tahun ini.

GST enam peratus dilaksanak­an tiga tahun lalu bagi menggantik­an cukai jualan 10 peratus & cukai perkhidmat­an 6 peratus dan kadar 6 peratus yang dikenakan adalah paling rendah di rantau Asean dan antara yang terendah di dunia.

Bagaimanap­un di bawah kerajaan Pakatan Harapan, SST akan diperkenal­kan semula dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berkata sistem SST yang diperkenal­kan semula itu akan mempunyai sedikit perubahan untuk menjadikan­nya lebih cekap.

 ??  ?? SIM KIANG CHEOK
SIM KIANG CHEOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia