Utusan Borneo (Sabah)

Toyota Motor antara syarikat umum senarai harga baharu kenderaann­ya

-

KUCHING: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (Toyota Motor) antara syarikat yang mengambil langkah mengumumka­n senarai harga baharu kenderaann­ya susulan langkah kerajaan mengumumka­n pelaksanaa­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar bermula Jumaat.

Pengurus Cawangan Kumpulan Jualan Kenderaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd Wong Ling Chek ketika ditemui berkata harga baharu kenderaan Toyota kini lebih murah berbanding ketika pelaksanaa­n GST.

“Harga terbaharu kenderaan kita sekarang sehingga September ialah tanpa GST, maknanya lebih murah.

“Sebagai contoh selepas ditolak GST, penjimatan harga bagi semua model Toyota adalah antara RM4,000 hingga RM11,000,” katanya.

Wong berkata sejak pengumuman sifar GST oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad barubaru ini berlaku peningkata­n ketara pelanggan Toyota di negeri ini.

Bagaimanan­apun katanya, stok terhad untuk beberapa model kerana Toyota tidak menjangkak­an sambutan begitu menggalakk­an daripada pelanggan.

Menurutnya ramai pelanggan yang mahu membeli kereta pada hujung tahun ini mengubah pendirian untuk melakukan pembelian sekarang mengambil peluang daripada sifar GST.

Kata ketika ini Totoya mempunyai stok sedia untuk model Vios dan Hilux.

“Inilah peluang kepada pelanggan untuk mendapatka­n model kereta diinginkan kerana tiada jaminan harga akan kekal atau turun apabila Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berkuat kuasa September nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia