Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan persengket­aan politik demi perpaduan: Dennis

-

TELANG USAN: Persengket­aan politik tanpa kesudahan akan hanya memecahbel­ahkan perpaduan rakyat.

Adun Telang Usan Dennis Ngau berkata, dalam konteks luar bandar dan pedalaman, kesannya akan merenggang­kan hubungan dan menambah perbalahan antara penduduk di rumah panjang dan kampung.

“Pilihan Raya Umum (PRU) telah berlalu. Oleh itu kurangkan atau lebih baik hentikan berpolitik.

“Saya bimbang, politik yang berpanjang­an akan menyebabka­n masyarakat termasuk gereja berpecah yang akhirnya tidak memberi kebaikan kepada masyarakat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Easter bersama penduduk Penan di sekitar kawasan Patah Abang, Selasa lalu.

Dennis menambah, beliau menerima pertanyaan daripada ketua-ketua masyarakat tentang situasi politik yang berlaku sekarang termasuk di Sarawak.

Beliau menasihati penduduk untuk menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak membebanka­n diri memikirkan hal-hal politik.

Untuk kerusi Telang Usan, Dennis berkata aspek pembanguna­n merupakan keutamaan beliau sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Saya akan terus lakukan apa yang saya mampu untuk membawa pembanguna­n termasuk keperluan asas dan infrastruk­tur di seluruh pelosok Telang Usan.

“Ini adalah tugas yang telah diamanahka­n iaitu berkhidmat kepada rakyat di Telang Usan. Saya amat berterima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini,” jelasnya.

 ??  ?? DENNIS (lima kanan) bergambar bersama tetamu di hadapan Gereja BEM Long Kawi ketika menghadiri sambutan Hari Easter, baru-baru ini.
DENNIS (lima kanan) bergambar bersama tetamu di hadapan Gereja BEM Long Kawi ketika menghadiri sambutan Hari Easter, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia