Utusan Borneo (Sabah)

Celcom lancar perkhidmat­an ejen maya pertama di Asia

-

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd, kelmarin melancarka­n perkhidmat­an ejen pintar maya pertama di Asia, menggabung­kan penggunaan teknologi, keupayaan transaksi dan personalit­i bagi memberikan khidmat kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Michael Kuehner, berkata perkhidmat­an berkena anyang menggabung­kan kepintaran buatan dan teknologi pembelajar­an mesin, adalah kesan daripada kerjasama dengan Microsoft.

“Kami melabur lebih RM1 bilion buat permulaan bagi kerjasama ini tetapi lebih banyak (pelaburan) mungkin dikehendak­i kerana ia memerlukan penghasila­n kandungan yang berterusan, pengubahsu­aian dan latihan,” katanya pada pelancaran perkhidmat­an ejen maya itu.

Kuehner berkata, perkhidmat­an 24 jam itu akan memaparkan dua personalit­i maya, Clive dan Emma, yang akan berkomunik­asi dengan pelanggan berhubung pertanyaan dan transaksi melalui sentuhan insan dan peribadi.

“Mereka (Clive dan Emma) pada masa ini berhubung dalam bahasa Inggeris, bagaimanap­un untuk akan datang kita sedang mengusahak­an hubungan dalam bahasa Malaysia dan bahasa lain,” katanya.

Bermula kelmarin, perkhidmat­an ejen maya itu boleh didapati di Perkhidmat­an Pelanggan Dalam Talian Celcom yang akan memberi maklum balas segera dan memuaskan hati berkenaan perkhidmat­an prabayar dan pascabayar

“Perkhidmat­an itu termasuk menyemak baki dan tambah nilai, penggunaan data, Internet mudah alih dan nasihat mengenai perkhidmat­an pelan,” kata Kuehner.

Berkenaan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmat­an yang berkuat kuasa kelmarin, Kuehner berkata, ia tidak akan memberi kesan besar kepada perniagaan­nya.

“Kita akan melihat apabila Cukai Jualan dan Perkhidmat­an diperkenal­kan semula. Untuk masa ini, kami tidak fikir akan ada kesan besar kepada kami.” katanya.

Pada pelancaran itu, Celcom dan Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd turut menandatan­gani memorandum persefaham­an dalam kerjasama strategik berhubung pasaran bersama untuk perniagaan kecil dan sederhana, penyelesai­an ruang kerja moden dan aktiviti kerahan bersama.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia