Utusan Borneo (Sabah)

Proton turun harga kereta sempena Hari Raya, sokong Tabung Harapan

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kini boleh memiliki Proton Saga pada harga kurang daripada RM30,000 bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini manakala dalam masa yang sama dapat turut menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia.

Pengeluar kereta nasional itu berkata, ini adalah tawaran kereta terbaik yang pernah ditawarkan dalam tempoh 10 tahun lepas dan sejumlah RM10 daripada setiap pembelian kereta akan didermakan kepada tabung kerajaan itu yang akan berkuat kuasa bermula kelmarin sehingga 31 Dis, 2018.

“Sebagai sebuah organisasi korporat nasional yang prihatin, Proton merasakan perlu untuk tampil kehadapan menyediaka­n bantuan tambahan ke arah tujuan baik itu, bagi negara dan rakyat Malaysia,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan kelmarin.

Selain Proton Saga, harga model-model lain seperti Iriz dan E r tiga juga akan diturunkan sebanyak RM4,000 dan Persona sebanyak RM3,000.

Tawaran harga rendah itu adalah selain daripada cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang berkadar sifar yang membawa kepada penurunan harga antara 12 dan 18 peratus bergantung kepada model kereta.

Proton juga akan menawarkan 20 pusat pemeriksaa­n percuma di semua cawanganny­a di seluruh negara bermula hari ini sehingga 15 Jun, yang merangkumi bahagian seperti pedal brek dan klac, lampu dan lampu isyarat, tali pinggang keselamata­n, pemeriksaa­n bateri dan lainlain. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia