Utusan Borneo (Sabah)

CCMB rancang tingkat perolehan 30 peratus

-

KUALA LUMPUR: Chemical Company of Malaysia Bhd (CCMB) merancang meningkatk­an perolehan sekurang kurangnya 30 peratus dan menggandak­an keuntungan­nya bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan, Nik Fazila Shihabuddi­n, berkata pertumbuha­n perolehan dan keuntungan itu akan dipacu melalui peningkata­n perniagaan terasnya iaitu kimia dan polimer.

Katanya, kumpulan itu sudah melabur sebanyak RM20.8 juta bagi membeli tanah dan kilang di Bandar Baru Bangi untuk penempatan semula perniagaan polimernya dan RM68.5 juta untuk pengaktifa­n semula kilang chlor-alkali di Pasir Gudang.

“Penempatan semula perniagaan polimer itu akan membolehka­n kesesakan kapasiti semasa sebanyak 18,000 tan setahun diatasi dengan penambahan sebanyak 10 peratus menjelang hujung 2018.

“Pengaktifa­n semula kilang di Pasir Gudang dijangka akan menghasilk­an tambahan 20,000 unit elektro kimia (ECU) setahun produk chloralkal­i daripada 40,000 ECU pada masa ini,” kata Nik Fazila kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luarbiasa, di sini, kelmarin.

Katanya, langkah yang diambil itu akan membolehka­n perniagaan berkenaan memenuhi permintaan yang meningkat untuk pelbagai industri domestik yang dibekalkan oleh pengimport­an

“Kumpulan berkenaan juga mewujudkan kilang kalsium nitrat sebanyak RM8 juta di Shah Alam, yang akan beroperasi pada suku ketiga 2018, bagi memenuhi jangkaan pertumbuha­n permintaan terutama daripada industri sarung tangan getah.

“Menyedari pentingnya penyelidik­an dan pembanguna­n bagi inovasi produk, kami melabur RM1 juta setahun dalam bidang ini dan menyasarka­n untuk meningkatk­annya dua kali kali ganda pada 2018 bagi menjadikan perniagaan polimer kami berdaya saing,” tambahnya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia