Utusan Borneo (Sabah)

Habib Jewels jangka pertumbuha­n jualan 30% dalam tempoh 3 bulan

-

KUALA LUMPUR: Syarikat barang kemas tempatan, Habib Jewels Sdn Bhd, menjangka jualan meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga bulan mulai kelmarin hingga 31 Ogos, 2018, sebelum pelaksanaa­n semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Pengarah Urusan Datuk Seri Meer Sadik Habib berkata jualan tersebut akan didorong oleh pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar yang berkuat kuasa 1 Jun, 2018, yang akan mengurangk­an harga produk dan meningkatk­an eksport.

“Kami menjangka jualan kukuh dalam tempoh tiga bulan akan datang. Ia juga boleh meningkat sehingga 100 peratus, tetapi mungkin terdapat sedikit ketidakten­tuan disebabkan pergerakan ringgit,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n SST akan dilaksanak­an semula pada 1 Sept, 2018 menggantik­an GST.

Susulan pengumuman itu, Meer Sadik berkata terdapat penurunan mendadak bagi harga emas, berlian, barang kemas dan Ice-Watch.

“Misalnya, harga emas 916 dilaporkan jatuh daripada RM205 segram kepada RM193 segram hari ini (kelmarin).

“Oleh itu, saya percaya lebih ramai rakyat Malaysia akan mula membeli jongkong emas dan barang kemas untuk pelaburan,” katanya.

Sempena dengan musim perayaan, katanya Habib Jewels akan menganjurk­an promosi jualan ‘Bazar Ramadan’ dari 1-3 Jun.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia