Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki tempatan ditahan tembak rakan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG : Gara-gara bertengkar, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun melepaskan tembakan terhadap rakannya menggunaka­n senapang patah di tepi jalan Kampung Long Kinangan, Sipitang pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sipitang DSP Sabarudin Rahmat mengesahka­n kejadian itu dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang pada Jumaat lalu.

Sabarudin berkata, lelaki tempatan tersebut telah ditahan polis sejurus menerima maklumat dari pihak hospital mengenai seorang lelaki warganegar­a asing yang cedera akibat terkena tembakan.

Berdasarka­n maklumat yang diberikan mangsa, pada hari yang sama, lebih kurang jam 8.10 malam pihak polis telah menjalanka­n serbuan ke rumah suspek di Kampung Long Kinangan bagi menahan suspek.

Menurut siasatan awal, kejadian itu berlaku di tepi jalan utama Kampung Long Kinangan.

Difahamkan suspek dan mangsa merupakan sahabat baik dan punca kejadian adalah disebabkan pertengkar­an yang kemudian suspek bertindak di luar jangka dan bertindak menembak mangsa.

“Pihak polis menjalanka­n ujian saringan air kencing terhadap suspek dan mendapati suspek positif dadah jenis syabu. Senjata yang digunakan merupakan milik bapa suspek turut ditahan,” kata Sabarudin.

Sabarudin memberitah­u suspek akan dituduh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh dan senjata milik bapa suspek, berlesen, turut dirampas.

 ??  ?? SABARUDIN menunjukka­n senjata api yang dirampas dalam sidang media itu.
SABARUDIN menunjukka­n senjata api yang dirampas dalam sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia