Utusan Borneo (Sabah)

Kes curi kabel selesai

Lapan suspek tempatan diberkas

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

Dari lapan suspek yang ditangkap, enam daripadany­a disyaki pencuri kabel manakala dua orang lagi merupakan pembeli. DSP SABARUDIN RAHMAT Ketua Polis Daerah Sipitang

SIPITANG: Polis di daerah ini percaya telah menyelasai­kan lapan kes kecurian kabel komunikasi milik Telekom Malaysia (TM) yang dilaporkan berlaku sejak kebelakang­an ini dengan tertangkap­nya lapan suspek.

Ketua Polis Daerah Sipitang DSP Sabarudin Rahmat berkata, bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan oleh anggota Jabatan Sisatan Jenayah, pihak polis akhirnya berjaya menahan lapan orang suspek, berumur 18 hingga 48 tahun, semua warga tempatan, yang disyaki terlibat dalam kecurian kabel.

“Dari lapan suspek yang ditangkap, enam daripadany­a disyaki pencuri kabel manakala dua orang lagi merupakan pembeli.

“Kabel yang dicuri itu turut dirampas polis ketika tangkapan tersebut, “kata DSP Sabarudin.

Kes kecurian kabel milik TM ini dilaporkan berlaku sepanjang Januari dan Mei 2018 dan antara kabel TM yang dicuri adalah melibatkan kawasan Perumahan Sabah Forest Industries, Kawasan Tepi Jalan Banting 2B Sindumin, Tepi Jalan logging SFI, Tepi Jalan Merintaman, Tepi Jalan Batu 2 Jalan Sipitang, Kampung Sri Menanti, Kampung Bahagia dan simpang jalan masuk ke Sekolah Kebangsaan Kg Pantai Sindumin, dan kerugian atas kehilangan kabel-kabel itu dianggarka­n lebih RM100,000.

Menurut siasatan pihak polis terhadap suspek, mereka melakukan kerja-kerja mencuri ini pada waktu malam dengan menarik kabel pada tiang-tiang TM tepi jalan lalu memotong kabel untuk mengambil tembaganya.

Berikutan tangkapan itu, polis telah merampas kabel Optik bersais 48C O/H, kabel Cooper bersais 200 Pair, kabel Coper bersais 100 Pair dan Kabel Cooper bersais 50 Pair.

Ujian saringan air kencing turut dijalankan terhadap lapan suspek dan hasil saringan itu hanya seorang sahaja yang negatif manakala yang lain didapati positif dadah jenis syabu.

Kesemua suspek akan didakwa di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dengan membencana kabel, kawat telegraf dan sebagainya.

“Selain itu tujuh suspek yang terlibat juga akan didakwa kerana kesalahan mengunakan dadah,” kata Sabarudin.

 ??  ?? SABARUDIN menunjukka­n kabel yang telah dikupas yang berisi tembaga yang dirampas dari pembeli dan suspek dalam sidang media tersebut.
SABARUDIN menunjukka­n kabel yang telah dikupas yang berisi tembaga yang dirampas dari pembeli dan suspek dalam sidang media tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia