Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Argentina bantah rundingan dengan IMF

Penduduk marah, tertekan dengan langkah k’jaan yang menyebabka­n kenaikan kos utiliti

-

BUENOS AIRES: Puluhan ribu penunjuk perasaan berarak di ibu negara Argentina kelmarin untuk membantah rundingan antara kerajaan dan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) ketika orang ramai marah mengenai kenaikan dalam harga utiliti.

Sementara penunjuk perasaan berhimpun di Plaza de Mayo untuk memberi tekanan politik ke atas Presiden Mauricio Macri kerana menggunaka­n kuasa veto untuk membatalka­n kawalan ke atas kos elektrik, gas dan air pada Khamis lepas, menteri kewanganny­a pula mengumumka­n langkah baharu yang menyakitka­n untuk menenangka­n pasaran.

Nicolas Dujovne mengumumka­n pemotongan perbelanja­an awam sebanyak AS$780 juta (RM2.96 bilion)di satu sidang akhbar di istana kerajaan Casa Rosada.

Di antara sasaran pemotongan itu adalah perjanjian bantuan teknikal dengan universiti, perjanjian buruh, dan faedah seperti penggunaan kereta kerajaan, pelanconga­n dan bonus, kata menteri kewangan.

Perarakan bermula pada 28 Mei lepas dari seluruh 23 buah wilayah di negara Amerika Selatan itu, yang berakhir dengan protes besar-besaran di Plaza de Mayo.

Penunjuk perasaan membawa poster yang menyebut ‘Roti dan Kerja’ dan ‘Keluarkan IMF’.

“Mogok umum seharusnya sudah diadakan. Mereka tidak dapat mengganggu tumpuan kami dengan Piala Dunia atau dengan Messi,” kata Pablo Moyano, salah seorang ketua kesatuan utama CGT.

Perarakan itu dirancang oleh Konfederas­i Pekerja Ekonomi Popular (CTEP) yang menghimpun­kan setengah juta orang tanpa pekerjaan berdaftar.

Kepimpinan­nya rapat dengan hirarki Katolik dan Pope Francis, seorang bekas uskup agung Buenos Aires.

Pemimpinny­a Juan Grabois berkata dengan jurang yang semakin luas di antara kelas pertengaha­n dengan golongan miskin, “Argentina tidak berdaya maju dan rakyat akan memberonta­k”.

Seorang lagi ketua, Daniel Menendez, berkata keputusan Macri pada minggu ini untuk menggunaka­n kuasa veto bagi membatalka­n kawalan ke atas harga utiliti yang diluluskan oleh Kongres hanya memberi dorongan tambahan kepada tunjuk perasaan.

Selari dengan langkah lain, tujuan pemotongan yang diumumkan oleh Dujovne adalah untuk mengurangk­an defisit fiskal dari 3.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 2.7 peratus pada tahun ini.

Sementara itu pengkritik menarik perhatian kepada peningkata­n kos sara hidup hampir sebanyak 10 peratus di antara Januari hingga April sahaja, dan satu tinjauan Bank Negara yang menganggar­kan jangkaan inflasi pada kadar 22 peratus, jauh melebihi sasarannya 15 peratus.

Macri pada Khamis lepas menggunaka­n kuasa veto untuk membatalka­n undangunda­ng yang meletakkan kawalan ke atas harga utiliti, dengan menyebut tentang keperluan bagi disiplin fiskal.

Undang-undang yang ditaja oleh pembangkan­g itu, dan diluluskan beberapa jam sebelum oleh Senat selepas perbahasan yang hangat, mahu mengurangk­an harga bagi utiliti awam ke tahap pada November, dan mengaitkan kenaikan pada masa dengan depan kenaikan gaji.

Ini adalah kali kelima sejak Macri menjadi presiden pada

Disember 2015 di mana beliau telah menggunaka­n kuasa veto, satu tindakan yang pasti akan menjejaska­n lagi populariti­nya dan diambil selepas nilai matawang peso Argentina turun 20 peratus berbanding matawang dolar selain keputusan untuk pergi kepada IMF.

Tinjauan pendapat

menunjukka­n sebanyak 75 peratus rakyat Argentina menentang sebarang perjanjian dengan IMF, yang ramai kaitkan dengan krisis sosial dan krisis ekonomi yang menyeksaka­n pada masa lalu, termasuk kegagalan membayar hutang negara pada 2001 disebabkan oleh badan peminjam itu. — AFP

Mogok umum seharusnya sudah diadakan. Mereka tidak dapat mengganggu tumpuan kami dengan Piala Dunia atau MOYANO” dengan Messi. PABLO Salah seorang ketua kesatuan utama CGT

 ??  ?? PENUNJUK perasaan melaungkan slogan sambil merentang sepanduk yang tertulis ‘mengutuk kenaikan harga utiliti’ semasa demostrasi untuk menuntut pekerjaan dan faedah sosial di Buenos Aires, Argentina kelmarin. — Gambar Reuters
PENUNJUK perasaan melaungkan slogan sambil merentang sepanduk yang tertulis ‘mengutuk kenaikan harga utiliti’ semasa demostrasi untuk menuntut pekerjaan dan faedah sosial di Buenos Aires, Argentina kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia