Utusan Borneo (Sabah)

Lewandowsk­i sedia lakukan tugas berat

-

WARSAW, Poland: Penyerang kelab Bayern Munich, Robert Lewandowsk­i berkata beliau bersedia untuk melakukan ‘tugas berat’ untuk Poland sebagai kapten pasukan di Piala Dunia ketika beliau merangka strategi untuk memastikan pasukannya mengunggul­i Kumpulan H.

“Saya tahu di mana kadang-kadang saya harus melakukan tugas berat untuk kebaikan pasukan,” kata penyerang berusia 29 tahun itu Jumaat lepas. Dengan 16 gol daripada 10 penampilan dalam kempen kelayakan ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018, Lewandowsk­i adalah penjaring terbanyak dalam Zon Eropah kelayakan ketika Poland, yang berada pada ranking ke-10 dunia, menamatkan kempen di tangga teratas kumpulan kelayakan mereka.

Pemain lawan “akan memberi fokus kepada saya dan mencari jalan untuk menghalang saya tetapi saya akan cuba melakukan apa yang saya tahu apabila saya menyedari saya mempunyai seorang atau dua lagi pemain yang mengawal saya, ialah mencari peluang kepada rakan sepasukan saya untuk menjaringk­an gol,” kata Lewandowsk­i, yang ketika ini berlatih bersama pasukan di Arlamow, selatan Poland.

“Ini adalah bagaimana kami akan mencari peluang. Itulah apa yang berlaku di Perancis,” kata Lewandowsk­i ketika merujuk kejohanan Euro 2016 di mana Poland akhirnya tewas kepada juara, Portugal menerusi penentuan sepakan penalti.

“Kami harus bersedia untuk mengambil kesempatan dari peluang yang muncul apabila pasukan lawan lebih memberikan tumpuan untuk mengawal saya,” tambah beliau, yang membangkit­kan spekulasi minggu ini dengan berkata beliau mahu meninggalk­an Bayern, di mana kontraknya berakhir pada 2021 untuk mencari “cabaran baharu”. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia