Utusan Borneo (Sabah)

Tan Shue Ling pelukis marhaen negeri Sabah

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

TAN Shue Ling lahir di Kedah tetapi membesar di negeri Sabah, lebih dari tiga puluh tahun mengikuti ibu bapanya yang berhijrah dari tanah besar negeri China. Selepas tamat bersekolah menengah, beliau menyambung pelajaran seninya di Kolej Seni Saito Academy of Art di Petaling Jaya, Selangor.

Semasa di Kolej Saito beliau telah mendalami ilmu serta sejarah seni visual antarabang­sa terutamany­a bidang komunikasi grafik. Pendekatan pendidikan seni lukis Beaux- Art telah berjaya membentuk minat seni lukis secara mendalam dengan mengasah bakat anak kampung yang ingin berkecimpu­ng dalam dunia seni lukis yang ketika itu sedang mencari-cari arah.

Setelah mempunyai kelulusan diploma dalam Komunikasi Grafik beliau terus dilamar untuk bekerja dalam sebuah syarikat penerbitan dan percetakan sebagai ketua jabatan grafik namun jiwa beliau tidak selesa kerana apa yang dihasilkan beliau ketika bekerja adalah kehendak pelanggan bukan kehendak sendiri.

Oleh sebab itu tidak berapa lama bertugas di syarikat tersebut beliau telah berhenti dan memenuhi niat untuk menjadi seorang pensyarah seni lukis. Walaubagai­manapun tidak lama niat tersebut terkabul apabila telah dilantik sebagai ketua jabatan seni lukis di Sabah Institute of Art di Kota Kinabalu.

Namun begitu hati dan jiwa tidak merasa kepuasan. Seberapa lama menjadi pensyarah di Sabah Institute of Art beliau akhirnya melepaskan jawatan sebagai Ketua Jabatan Seni Grafik Komunikasi dan terus menumpukan niat untuk menjadi pelukis profesiona­l.

Niat dan semangat yang ditumpukan kepada seni visual akhirnya terbukti berjaya apabila karya seni lukisnya yang pertama telah memenangi hadiah utama dalam pertanding­an KPTNS anjuran Balai Seni Lukis Sabah, dengan tajuk Pasar Ikan Bilis, sebuah lukisan akrilik pada tahun 2012.

Setelah tidak mempunyai gangguan serta kekangan dari tugas harian beliau sangat bebas untuk menghasilk­an karya seni lukis dalam berbagai-bagai teknik dan media. Beliau mencuba seberapa banyak media yang selama ini ingin diterokai.

Pada kebiasaann­ya, Tan Shue Ling selalu meneroka di beberapa kawasan dan tempat tertentu di Kota Kinabalu seperti Pasar Besar Kota Kinabalu, Pasar Phillipine, Pasar Tamu di Kota Kinabalu, Sandakan, Tamparuli dan kadangkala beliau berkampung di pedalaman sebagai contoh di Kampung Inukiran, Matunggong pada tahun 2017 untuk merakamkan kehidupan masyarakat kaum Rungus dan juga kaumkaum etnik yang lain.

Setiap hari jika tidak menghasilk­an karya di studionya, beliau berjalan dan tekun menghasilk­an lakaran dan lukisan di buku lakaran yang sentiasa dibawa ke mana sahaja bertujuan untuk merakam dan juga sebagai inspirasi bagi karya beliau di masa hadapan. Kadang kala bersama teman-teman pelukis dari Persatuan Seni Visual Negeri Sabah (PSVS) beliau mengadakan lakaran urban (Urban Sketching) satu program melukis secara santai di beberapa lokasi di sekitar kawasan tumpuan pelancong di Kota Kinabalu.

Pendek kata sebagai seorang pelukis sepenuh masa Tan Shue Ling tidak melepaskan peluang meneroka bakatnya secara optimum di mana sahaja terbuka peluang untuk menghasilk­an karya dan juga untuk mempamerka­n karya beliau tetap akan mengambil bahagian . Dengan usaha yang gigih dan tekun hasilnya beliau telah banyak mengadakan pameran jemputan di dalam dan luar negara antara lain adalah pameran berprestij seperti

Internatio­nal Women Artists Exhibition, Penang Malaysia,

“The Belt and Road Malaysia Scenery Art and Photograph­y Tour Exhibition”, Shenzhen China, dan The Second Australian Art Exhibition 2017, Melbourne dan Sydney, Australia sebagai menyebut beberapa pameran di mana beliau terbabit.

Salah satu minat

Tan Shue Ling adalah merakamkan kehidupan harian masyarakat tempatan bagi melatih minda serta kemahirann­ya. Oleh itu ratusan lakaran secara spontan telah dihasilkan. Beliau juga berminat menerokai perkembang­an seni visual mutakhir umpamanya mengambil bahagian dalam pameran jemputan Karya Seni Lukisan Negeri Sabah anjuran Balai Seni Lukis Sabah yang berlangsun­g pada bulan Mei 2018 dengan mempersemb­ahkan sebuah karya Installati­on Art atau Seni Instalasi yang dihasilkan daripada ribuan lipatan kertas seni Origami Jepun yang bertajuk Burung Bangau Kertas (Paper Crane) susunan dari lapan ribu lipatan kertas serta gabungan lapan ribu buah manik, berjaya memenuhi sebuah dinding seluas sepuluh kaki persegi.

Seni instalasi tersebut telah dibuat dalam berbagai-bagai warna dan pelawat boleh mengubah bentuk atau susunan instalasi “Burung Bangau” secara interaktif bermaksud pelawat boleh mengubah instalasi yang berbentuk sebuah tirai menurut kehendak mereka. Justeru itu mewujudkan sebuah karya yang sangat ilmiah sifatnya yang jarang terdapat dalam mana-mana pameran lukisan tempatan.

Menurut kepercayaa­n masyarakat Jepun, apabila seseorang telah berjaya menghasilk­an lipatan origami lebih seribu keping maka dipercayai orang tersebut akan dimakbulka­n permintaan­nya. Dalam hal ini, pelukis memohon agar ritual beliau menghasilk­an seni instalasi tersebut dimakbulka­n keamanan dunia, mendapat tuah, ketenangan jiwa dan kejayaan kendiri sebagai pelukis.

Salah satu karya yang mula-mula dihasilkan oleh beliau sebagai pelukis sepenuh masa pada tahun 2012 adalah karya catan akrilik bertajuk Membeli Bilis Di Pasar Besar, sebuah karya aliran hyper realisme dengan media akrilik. Tan cuba menggambar­kan dua orang pelanggan suami isteri yang sedang membeli ikan bilis di Pasar Besar Kota Kinabalu, walaupun pekedainya tak wujud dalam lukisan tersebut namun pelanggan sedang dalam proses tawar menawar bagi mendapatka­n harga yang berpatutan.

Karya yang dihasilkan dengan begitu halus dan terperinci seolaholah khalayak melihat sebuah karya fotografi lagaknya. Usaha tersebut adalah cubaan pelukis untuk menghasilk­an nuansa keterampil­an serta kemahiran beliau membentuk gambar dengan keterampil­an yang tinggi.

Kelihatan warna panas dan sejuk digabungka­n pelukis dengan wajarnya kerana usaha tersebut berjaya memikat mata penonton kepada dua individu yang sedang menjadi tajuk utama karya. Di samping membantu kekuatan warna kuning yang terdapat di baju wanita tersebut pelukis juga mewujudkan tonatona warna kuning ke atas produk-produk yang lain di mana warna oren dan kelabu diharapkan dapat mengimbang­kan intensiti atau kepekatan warna kuning yang sangat dominan dalam karya itu.

Oleh itu penulis merasakan karya tersebut sangat berjaya dan tidak hairan jika karya itu telah berjaya meraih hadiah utama dalam pameran Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) pada tahun 2012 dan pelukis menyatakan bahawa dengan kemenangan tersebut menggalakk­an beliau membuat keputusan menjadi pelukis sepenuh masa pada tahun itu.

Kadangkala bukan tokoh yang berupaya menukar hala tuju seseorang tetapi kejadian di luar jangkaan yang mengubah persepsi pelukis Tan Shue Ling. Pelukis bertangan kidal, seorang wanita yang tidak mengenal kekangan dan kepayahan menjadi seorang pelukis di kalangan masyarakat yang memandang darjat dan kedudukan, namun minat kepada seni lukis sangat mendalam.

Maka beliau sanggup melepaskan jawatan yang baik bagi menumpukan sepenuh masa, tenaga dan bakat yang ada untuk menghasilk­an karya yang bermutu. Mempercaya­i bahawa seni realism dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat maka Tan Shue Ling tidak minat untuk menghasilk­an karya yang berbentuk abstrak.

Latihan seni grafik yang dipelajari­nya dari kolej seni menggalakk­annya menghasilk­an karya yang kemas dan begitu teliti seperti sebuah karya grafik.

Keyakinan bahawa seni lukis akan melonjak terutama sekali di bawah pemerintah­an Malaysia Baru, maka beliau sebagai contoh kepada ratusan pelukis tempatan yang lain perlu mempunyai keyakinan bahawa seni dan budaya akan tetap relevan untuk melonjakka­n identiti serta jati diri rakyat sesebuah negara umpamanya negeri di bawah bayu.

Menurut Tan lagi, meminjam dari kata hikmat penulis terkenal Inggeris Oscar Wilde, “Beauty is only thing that time cannot harm, Philosophi­es fall away like sand and creed follow on another like withered leaves of Autumn; but what is beautiful is a joy for all seasons and possession for all eternity”; antara lain katakata tersebut bermaksud keindahan tidak akan luntur jika dirakam dengan jujur. Ia akan bertahan dan dinikmati sehingga akhir zaman.

Kini Tan Shue

Ling sedang gigih mempersiap­kan karyakarya beliau untuk sebuah pameran solo yang pertama di Balai Seni Lukis Sabah tidak lama lagi.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ??
 ??  ?? PELUKIS Tan Shue Ling bersama karyanya.
PELUKIS Tan Shue Ling bersama karyanya.
 ??  ?? BELI Ikan Bilis. Akrilik, 2012.
BELI Ikan Bilis. Akrilik, 2012.
 ??  ?? HARVEST. Koleksi Persatuan Seni Australia.
HARVEST. Koleksi Persatuan Seni Australia.
 ??  ??
 ??  ?? BADAK Borneo. Warna pensil 2017.
BADAK Borneo. Warna pensil 2017.
 ??  ?? SENI Instalasi. Burung Bangau 2018.
SENI Instalasi. Burung Bangau 2018.
 ??  ?? PELUKIS di Kg. Inukiran, Matunggong 2017.
PELUKIS di Kg. Inukiran, Matunggong 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia