Utusan Borneo (Sabah)

Iftar Nostalgia Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama Wings

-

SATU majlis iftar yang bertemakan ‘Iftar Nostalgia Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama Wings’ telah diadakan di Premiera Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Acara yang bertemakan pakaian busana Melayu tradisiona­l itu telah mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada peminat serta sayap-sayap Wings.

Menurut Datuk Awie yang turut membuat persembaha­n bersama kumpulan Wings malam tersebut berkata beliau begitu teruja dengan sambutan yang menggalakk­an, membuatkan beliau berasa tidak mahu berhenti menyanyi.

“Alhamdulil­lah semuanya telah berjalan lancar seperti mana yang telah dirancang dan sebenarnya kami telah menyenarai­kan lebih banyak lagu untuk dipersemba­hkan namun kita menghadapi kekangan masa,” katanya pada sidang media barubaru ini.

“Berbanding tahun lepas, sambutan pada kali ini lebih meriah dengan pengisian lagu yang lebih menarik dan membuat kami terus dan terus sambung menyanyi,” tambah beliau.

10 TAHUN SAYAPSAYAP WINGS

Majlis itu turut meraikan anak-anak yatim dan menyampaik­an sumbangan kepada mereka serta meraikan 10 tahun Sayap-Sayap Wings serentak dengan pelancaran logo baharu mereka selepas tempoh tersebut.

Pelakon Nadzia Mustaffa yang turut hadir pada majlis itu berkata bahawa tahun ini merupakan tahun kedua beliau menghadiri majlis tersebut dan menjelaska­n yang beliau akan sentiasa memberikan sokongan kepada Datuk Awie dan Sayap-Sayap Wings dalam apa-apa aktiviti yang mereka lakukan.

Selain dihiburkan oleh kumpulan Wings, tetamu yang hadir pada majlis tersebut juga disajikan dengan persembaha­n menarik daripada kumpulan Uda Dan Dara. — Bernama

 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Persembaha­n Datuk Awie bersama kumpulan Wings.
MENGHIBURK­AN: Persembaha­n Datuk Awie bersama kumpulan Wings.
 ??  ?? SIDANG media bersama kumpulan Wings.
SIDANG media bersama kumpulan Wings.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia