Utusan Borneo (Sabah)

Ketupat palas Mak cik Nab popular hingga ke Arab Saudi

-

KETUPAT palas menjadi satu daripada beraneka juadah tradisiona­l yang mudah didapati pada kebiasaany­a di bulan Ramadan dan Syawal, khususnya di Terengganu.

Sama ada dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu, ramai yang menggemari juadah ini kerana rasa enak pulut yang dikukus dengan santan dan dibalut dengan daun palas yang kini semakin sukar didapati.

Bagi Zainab Awang, 61, pembuat ketupat palas berasal dari Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus, meskipun kini sukar mendapatka­n daun palas bagi menghasilk­an juadah itu, beliau tetap tidak putus asa memandangk­an ia punca pencariann­ya sekeluarga sejak 18 tahun lalu.

Katanya beliau mengupah orang kampung di Gemuruh mencari daun palas dengan bayaran RM30 bagi setiap 10 pelepah daun palas yang digunakan untuk menghasilk­an ketupat kegemaran ramai itu.

“Mak cik pada mulanya memang tak pandai buat ketupat ni ...suatu hari mak cik cuba belajar dengan orang kampung, tapi dia tengok mak cik macam tak pandai buat. Tapi makcik nekad belajar daripada orang lain dan selepas berjaya belajar, bermulalah jualan ketupat palas mak cik,” katanya kepada Bernama.

“Mula-mula tak ramai orang suka, tetapi lamakelama­an ketupat palas mak cik semakin mendapat sambutan dan hinggakan ada yang menempahny­a untuk dibawa pulang termasuk dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Malah ada yang menempahny­a untuk dibawa ke Arab Saudi,” katanya.

Kini Zainab yang dibantu oleh anak-anaknya meneruskan jualan ketupat palas pada bulan Ramadan ini di sekitar kawasan kampung itu dengan purata pendapatan lebih RM180 sehari.

Untuk bulan puasa ini katanya, seawal pagi selepas waktu sahur beliau dan anaknya, Noraida Ismail, 41, akan mula mengukus pulut sebanyak 15 kilogram yang boleh menghasilk­an sehingga 375 biji ketupat.

“Petua mak cik, santan itu sebelum di’arong’ (adun) dengan pulut, dimasak dahulu supaya ketupat boleh tahan lebih lama dan tidak cepat basi,” katanya.

Menyedari persaingan daripada pembuat ketupat palas yang lain di sekitar Kuala Terengganu dan kampungnya, Zainab kekal menjual ketupat dengan harga 50 sen sebiji meskipun berdepan kenaikan harga barangan dan Cukai Barang dan Perkhidmat­an.

“Mak cik tak ambil untung lebih pun..boleh makan anakberana­k pun dah syukur sangat... sebab ini sahaja yang mampu mak cik lakukan untuk bantu keluarga,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia