Utusan Borneo (Sabah)

KAEDAH PENYELESAI­AN PEMBINAAN JALAN RAYA

KPLB cadang teknologi pembinaan berasaskan getah

-

KOTABELUD: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) bercadang untuk memperkena­lkan teknologi pembinaan jalan raya berasaskan getah di negeri ini.

Menterinya Ewon Benedict berkata, teknologi yang telahpun diaplikasi­kan di negara lain termasuk Thailand itu amat sesuai digunakan untuk pembinaan jalan raya luar bandar.

“Kita boleh memperkena­l dan membangunk­an teknologi ini dalam pembinaan jalan raya di Sabah kerana saya tahu ia adalah antara kaedah yang boleh menyelesai­kan keperluan membina jalan raya, khususnya jalan raya di luar bandar.

“Selain itu, ia boleh meningkatk­an harga getah kerana kita mencipta satu teknologi membina jalan raya menggunaka­n getah. Ini adalah keperluan domestik dalam industri pembinaan jalan raya,” katanya ketika berucap pada majlis Kesyukuran di SK Kiau 1, di sini pada Ahad.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, kementeria­nnya juga telah merangka pelbagai program yang akan dilaksanak­an di kawasan luar bandar, termasuk membangunk­an industri pelanconga­n di Kadamaian.

“Banyak program di kementeria­n yang boleh kita laksanakan di kampungkam­pung seluruh Sabah. Saya juga bersedia menerima sekiranya ada input atau cadangan pelbagai pihak termasuk masyarakat akar umbi yang menarik dan boleh dilaksanak­an di kawasan mereka.

“Sebaik-baiknya cadangan yang dikemukaka­n itu boleh memberi manfaat jangka masa panjang sama ada dari segi pentadbira­n, sistem atau penyelesai­an sesuatu masalah agar kita dapat bersaing dengan masyarakat di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Mengenai program turun padang, beliau berkata program itu akan dilaksanak­an secara berterusan dan pada Khamis ini, beliau akan melancarka­n pejabat Pusat Khidmat Adun di Kampung Piasau di sini.

“Pemilihan di kawasan luar pekan sesuai dengan sanubari kita yang selalu berada di luar pekan dan menyesuaik­an suasana kampung. Maka, wajar bagi kita memilih salah satu kampung di Kadamaian sebagai satu pusat pentadbira­n,” katanya.

Mengenai pembaikan jalanjalan­kampungdan­kemudahan lain di kawasan luar bandar, Ewon berkata pelaksanaa­n adalah berdasarka­n kepada keutamaan dan keperluan penduduk kampung.

Bagaimanap­un, jalanjalan besar di kawasan luar bandar adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihaknya boleh berbincang dengan kementeria­n berkaitan untuk memperbaik­i jalan berkenaan, tapi jalan melibatkan jalan kampung masuk kawasan rumah-rumah adalah di bawah bidang kuasa KPLB.

Beliau turut meminta rakyat Sabah khususnya di DUN Kadamaian supaya mengetepik­an perbezaan politik dan sama-sama menumpukan kepada membangunk­an kawasan itu.

 ??  ?? EWON bersama sebahagian tetamu bergambar kenangan bersama pada majlis itu.
EWON bersama sebahagian tetamu bergambar kenangan bersama pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia