Utusan Borneo (Sabah)

Suami pilu hilang isteri, tiga anak sekelip mata

-

MARAN: Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, jadi hambar bagi seorang peniaga kedai runcit apabila empat insan yang disayangi termasuk isteri tercinta hilang dalam sekelip mata setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 161 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pagi Ahad.

Bagi Mazlan Mohd Rashid, 54, walaupun perit untuk diterima, namun dia terpaksa reda dengan takdir, sambil berdoa agar roh isteri dan tiga anaknya ditempatka­n bersama orang beriman.

Mazlan yang ditemui di luar Unit Forensik Hospital Jengka di sini berkata isteri dan lima anaknya bertolak ke Kuala Lumpur pada Jumaat lalu membeli barangan keperluan untuk persiapan sempena Syawal.

“Kali terakhir isteri menghubung­inya pada jam 11 malam tadi ketika mereka baru hendak bertolak pulang ke rumah di Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru, dekat Kemaman, selepas selesai membeli belah.

“Saya difahamkan mereka juga ada singgah di Genting Highlands dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R)Temerloh sebelum kemalangan itu,” katanya yang kelihatan tenang ketika ditemui pemberita.

Mazlantida­kmampumena­han rasa sedih apabila saudara mara dan sahabat taulan tidak putusputus menziarahi­nya di Unit Forensik untuk menyampaik­an ucapan takziah. Suasana di situ sesekali bertukar hiba.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Ahad, isteri Mazlan, Azian Abdullah, 50; dan anakanakny­a Fatin Najwa, 27; Fatin Nur Adriana, 15; dan Mohamad Danish Najmi, 10, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka sekeluarga terbabas sebelum melanggar besi pembahagi jalan.

Mazlan berkata, dua lagi anaknya iaitu Mohd Shahrul Ikhram, 20; dan Fatin Nur Athirah, 19, turut cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PELITA BULUH: Wan Azieb Yusra Zakwan Irfan Wan Yusof, 13, membeli pelita buluh di sebuah pasaraya di Kuantan, Pahang. Pelita buluh ketika dahulu amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu terutamany­a di kawasan kampung untuk menerangi halaman rumah...
- Gambar BERNAMA PELITA BULUH: Wan Azieb Yusra Zakwan Irfan Wan Yusof, 13, membeli pelita buluh di sebuah pasaraya di Kuantan, Pahang. Pelita buluh ketika dahulu amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu terutamany­a di kawasan kampung untuk menerangi halaman rumah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia