Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan dapat tajaan sepenuhnya RM30 juta siaran Piala Dunia 2018

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Persekutua­n telah mendapat penajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta bernilai RM30 juta bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung menerusi saluran RTM, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan Persekutua­n tidak akan membelanja­kan satu sen pun untuk siaran langsung Piala Dunia 2018.

“Kita telahpun memperoleh­i tajaan daripada syarikatsy­arikat swasta sebanyak RM30 juta dan mereka akan dapat pulanganny­a dengan iklan iaitu iklan-iklan syarikat berkenaan akan disiarkan semasa siaran langsung Piala Dunia diadakan.

“Selain itu setiap penonton juga akan dapat menjimatka­n bayaran sekurang-kurangnya RM100. Ini kerana kalau kita hendak lihat permainan ini mesti bayar lebihan RM100 dan sekurang-kurangnya mereka boleh jimat dengan bayaran itu,” katanya kepada pemberita di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini pada Ahad.

Lim berkata pihaknya turut menerima kritikan apabila hasrat kerajaan untuk menyiarkan siaran eksklusif Piala Dunia 2018 itu yang membabitka­n nilai RM30 juta sedangkan kerajaan turut melancarka­n kutipan derma menerusi Tabung Harapan Malaysia.

“Kita ada juga terima kritikan mengapa kita mengenakan wang untuk siaran ini tetapi pada masa yang sama kita pula adakan Tabung Harapan. Ini yang kita telah jelaskan tapi mungkin tidak disiarkan dengan lebih jelas bahawa sungguhpun kita keluarkan RM30 juta, tetapi kita akan dapat balik wang 30 juta ringgit daripada iklaniklan daripada tajaan syarikatsy­arikat swasta,” katanya.

RTM dijadual menyiarkan 27 perlawanan secara langsung dan 14 perlawanan menerusi siaran tertunda sepanjang kejohanan bola sepak selama sebulan itu. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? LIM (kiri) menjawab pertanyaan media selepas majlis penyerahan replika cek bernilai RM3 juta untuk Tabung Harapan Malaysia di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada Ahad.
- Gambar BERNAMA LIM (kiri) menjawab pertanyaan media selepas majlis penyerahan replika cek bernilai RM3 juta untuk Tabung Harapan Malaysia di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia