Utusan Borneo (Sabah)

Pemegang jawatan MAN tidak semestinya berpelajar­an tinggi

-

KEMABONG: Persatuan Penduduk Kampung Korolok, Abingoi, Pongolubon dan Ahuron Kemabong Tenom Sabah (Pakat) menyokong cadangan agar Mahkamah Anak Negeri (MAN) dinaikkan tarafnya setaraf dengan Mahkamah Syariah.

Presidenny­a Rainus Sagulau (gambar) berkata, bagaimanap­un penyandang jawatan Ketua Daerah (OKK), Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung tidak semestinya memiliki pelajaran tinggi seperti ijazah dan diploma.

Katanya, MAN sebenarnya adalah mahkamah adat diwujudkan yang mengadili permasalah­an atau isu adat istiadat serta dilantik mengikut kaum dan kepercayaa­n masingmasi­ng.

“Kami berpendapa­t adalah kurang wajar kalau anggotanya dipilih berdasarka­n pelajaran tinggi seperti perlu memiliki ijazah, diploma dan sebagainya,” katanya ketika mengulas cadangan penstruktu­ran MAN Sabah.

“Seharusnya, MAN memilih penjawat jawatan OKK, KAN, WKAN, berdasarka­n mereka yang arif mengenai adat resam setempat dan tidak semestinya memiliki pelajaran tinggi.

Rainus berharap kerajaan baharu dapat memenuhi aspirasi masyarakat mengenai adat istiadat termasuk hak tanah adat anak negeri.

“Kita tidak setuju jika kerajaan baharu mengulangi kesilapan kerajaan lepas yang melantik jawatan di bawah MAN tetapi tidak memahami adat resam penduduk setempat, malah banyak berlaku pencabulan adat.

“Pakat mahu kerajaan baharu melindungi hak adat resam anak negeri dan pelantikan jawatan seperti OKK, KAN, WKAN dan KK hendaklahd­ibuatberda­sarkan pengetahua­n dan kearifan mereka mengenai adat,” katanya.

Dalam cadangan penstruktu­ran MAN Sabah, Ketua Daerah hendaklah memiliki kelulusan ijazah, Ketua Anak Negeri (KAN) sekurang-kurangnya memiliki diploma manakala WKAN sekurang-kurangnya memiliki SPM.

“Cadangan ini dirasakan kurang wajar dan tidak praktikal untuk dilaksanak­an pada masa kini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia