Utusan Borneo (Sabah)

KPM buat laporan polis isu tular mengenai pertukaran guru

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan (KPM) telah membuat laporan polis berkenaan isu yang tular di media sosial berhubung ketidakpua­san hati seorang guru tentang proses pertukaran guru.

Dalam satu kenyataan pada Ahad kementeria­n berkata pihaknya menyifatka­n tuduhan yang ditularkan itu adalah amat berat melibatkan integriti pegawai-pegawai di KPM.

KPM berkata pihaknya berharap polis akan menjalanka­n siasatan terperinci berhubung laporan polis itu dibuat di Balai Polis Presint 7, Putrajaya.

“Dalam masa yang sama, KPM juga telah menggerakk­an satu siasatan dalaman berkenaan isu berkenaan,” katanya.

Kementeria­n juga menasihatk­an guru-guru yang ingin membuat permohonan pertukaran supaya berhubung dengan KPM dan bukannya pihak luar atau pihak ketiga bagi mengelakka­n unsurunsur penipuan dalam menyelesai­kan sebarang isu berkaitan permohonan tersebut.

Beliau menjelaska­n bahawa proses kelulusan pertukaran seseorang guru adalah berdasarka­n tiga kriteria utama iaitu kepentinga­n perkhidmat­an, kekosongan penjawatan serta keperluan opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon.

“Alasan permohonan yang diberi pertimbang­an dalam menentukan kelulusan pertukaran adalah melibatkan sakit kronik, ancaman keselamata­n, mengikut pasangan, tempoh perkhidmat­an di sesebuah sekolah serta lain-lain alasan munasabah dan wajar guru berkenaan,” katanya.

KPM juga memaklumka­n bahawa permohonan pertukaran guru dibuka sekali setahun menerusi modul atas talian e-GTukar bermula 18 Feb 2018 hingga 25 Mac 2018 dan keputusan kelulusan pertukaran telah dimuktamad­kan oleh satu Jawatankua­saPertukar­anGuru di peringkat kementeria­n.

Dalam tempoh tersebut, 25,332 orang guru membuat permohonan pertukaran dan jumlah yang diluluskan untuk sesi Jun 2018 adalah seramai 2,133 atau 8.42 peratus dengan 1,257 adalah guru sekolah rendah dan 876 orang selebihnya adalah guru sekolah menengah, katanya.

Alasan yang tertinggi yang diberi kelulusan adalah kes mengikut pasangan (951 orang), diikuti kes tempoh perkhidmat­an (387 orang), lain-lain alasan munasabah (368 orang), kes sakit kronik (219 orang), kes permohonan bersama (168 orang) dan kes ancaman keselamata­n (40 orang), kata KPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia