Utusan Borneo (Sabah)

Sabah berada di landasan tepat

-

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin veteran, Datuk Onn Arifin yakin Sabah berada dalam landasan yang tepat di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berpengala­man di peringkat kerajaan Persekutua­n.

Mantan Setiausaha Agung Usno itu berkata, Shafie sudah merentasi pengalaman berpolitik, cara pentadbira­n dan melayani rakyat.

“Kita dalam keadaan selamat,” katanya sambil mengingatk­an masa berbulan madu untuk mengambil alih kerajaan sudah berakhir dan yang tinggal hanya untuk melaksanak­an manual kejayaan serta mula bekerja dengan tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan lama.

“Di situlah letaknya kekuatan barisan pimpinan yang ada dan atas pelantar inilah yang rakyat meletakkan masa depan mereka,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan mengenai pemimpin yang diperlukan oleh rakyat, beliau berkata,“dari pengamatan saya, pemimpin datang dari pelbagai kategori.”

“Ada yang sesuai hanya untuk berpidato, tapi bila turun bekerja jadi zero. Ada yang sesuai bergaul dengan masyaraka, tapi bila masuk pentadbira­n jadi hancur,” katanya.

Menurutnya, rakyat tetap rakyat dan akan menuntut bukti yang kerajaan mampu apatah lagi bila desakan pilihan raya berpaksika­n perubahan.

Jelasnya, memang sukar mencari adunan lebih daripada dua nilai kekuatan, pandai bercakap, pandai mentadbir, pandai mengambil hati rakyat dan pandai mengolah keadaan.

“Sudah tentu kita tidak dapat memuaskan hati setiap orang. Tidak juga boleh kita sebut pemimpin sebagai ‘one size fits all’. Ini melalui proses penggarapa­n dan pengalaman,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia