Utusan Borneo (Sabah)

Raja Muda Perlis sertai Ihya Ramadan MAIPs di Hatyai

-

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed FaizuddinP­utraJamalu­llail berkenan berangkat menyempurn­akan program Ziarah Ihya Ramadan untuk menyampaik­an sumbangan kepada masyarakat Islam bersempena bulan Ramadan di Hatyai, Thailand pada Sabtu.

Menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada Ahad, program tahunan ke-15 itu dianjurkan oleh majlis tersebut dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Berangkat sama pada program itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam kunjungan itu Tuanku Syed Faizuddin singgah di Pondok Darulislan M.3 Thapo, Khlong Nge, Sadao yang menempatka­n 30 warga emas mendalami ilmu agama dan 200 kanakkanak yang mengikuti pengajian agama pada setiap Sabtu dan Ahad.

Baginda kemudian singgah di Masjid Sollahuddi­n Bangfab berusia setahun yang dibina hasil sumbangan orang ramai dan seorang dermawan dari Doha, Qatar di pinggir kota Hatyai untuk menunaikan solat jamak zuhur dan asar.

Di kedua-dua tempat itu Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaik­an sumbangan masingmasi­ng sebanyak RM2,000 bagi menganjurk­an aktiviti ihya Ramadan.

Dalam titahnya, baginda menyeru umat Islam supaya saling memperinga­ti dan bersedia melakukan perubahan untuk membaiki diri atau organisasi masingmasi­ng.

Baginda juga mahu umat islam mengawal nafsu, mengamalka­n cara hidup sederhana, dan tidak membazir.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia