Utusan Borneo (Sabah)

Jakel bekerjasam­a dengan HWKKL

Penuhi permintaan 1,000 pain darah setiap bulan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Jakel Silk House Alamesra, di sini, dengan kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKL) mengadakan kempen derma darah untuk disalurkan kepada Unit Tabung Darah hospital berkenaan.

Pengurus Amran Textiles Sdn Bhd merangkap Pengarah Program Muhammad Aizad Shamsuddin berkata, pihaknya mengadakan kempen berkenaan selama empat hari iaitu pada 3,5,6, dan 9 Jun di hadapan pintu utama gedung kain berkenaan.

Katanya,programkhi­dmat sosial itu juga adalah julung kali diadakan antara Jakel dan HWKK Likas yang menyasarka­n kutipan 200 pain darah daripada 200 pengunjung Jakel. “Kamidifaha­mkanbahawa pihak HWKK memerlukan 1,000 pain darah setiap bulan untuk membuat rawatan bagi pesakit talasemia, ibu mengandung serta untuk keperluan rawatan lain.

“Justeru, kami berharap program seperti ini akan memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pada hari pertama kempen derma darah berkenaan di sini pada Ahad.

Tambahnya, program berkenaan juga terbuka kepada seluruh warga Jakel, termasuk pengunjung dan penduduk sekitar.

Justeru, Aizad berkata pihaknya terbuka untuk bekerjasam­a dengan mana-mana pihak bagi menganjurk­an program sedemikian pada setiap tahun.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Amran Textiles Sdn Bhd Sabah Mohd Amran Mohd Nor.

“Kami difahamkan bahawa pihak HWKK memerlukan 1,000 pain darah setiap bulan untuk membuat rawatan bagi pesakit talasemia, ibumengand­ungsertaun­tukkeperlu­anrawatan lain. Justeru, kami berharap program seperti ini akan memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya menderma darah bagi ” membantu mereka yang memerlukan. MUHAMMAD AIZAD SHAMSUDDIN

Pengurus Amran Textiles Sdn Bhd merangkap Pengarah Program

 ??  ?? AMRAN (kanan) memeriksa tekanan darah terlebih dahulu sebelum menderma darah.
AMRAN (kanan) memeriksa tekanan darah terlebih dahulu sebelum menderma darah.
 ??  ?? AMRAN (kanan) sempat beramah mesra ketika meninjau salah seorang penderma.
AMRAN (kanan) sempat beramah mesra ketika meninjau salah seorang penderma.
 ??  ?? JURURAWAT HWKKL sedang melakukan proses derma darah kepada salah seorang penderma.
JURURAWAT HWKKL sedang melakukan proses derma darah kepada salah seorang penderma.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia