Utusan Borneo (Sabah)

Enam pemimpin Pemuda Umno Semporna letak jawatan dan keluar parti

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Beberapa pemimpin Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Semporna meletakkan semua jawatan mereka dan mengambil keputusan keluar parti serta-merta selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.

Selain itu, mereka juga menyatakan hilang kepercayaa­n ke atas Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna dan Pemangku Ketua Pemuda Umno Bahagian Semporna.

“Kami mengambil keputusan ini secara ikhlas, tanpa paksaan dari manamana pihak serta atas kerelaan dan pilihan sendiri,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Mohd Rashdey Haji Sabardin yang mengetuai kumpulan itu.

Turut meletakkan jawatan dan keluar parti ialah Bendahari Pemuda Umno Semporna Mohd Isyak Yusup, AJK Pemuda Umno Semporna Mohd Salim Japaran dan Anuar Ibarahim Basari, Ketua Pemuda Cawangan Senallang Mazlan Sani Abd Sani dan Pemuda Cawangan Pulau Gaya Jaidy Haji Kamlun.

Menurut Rashdey, keputusan itu diambil sebulat suara selepas berbincang dengan mendalam dan melihat perkembang­an terkini di mana rakyat Sabah lebih cenderung kepada parti tempatan.

”Kami berpendapa­t kerajaan pimpinan Warisan di Sabah perlu disokong untuk meneruskan agenda pembanguna­n dan membela nasib dan masa depan rakyat Sabah,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau berkata, pihaknya akan menghantar surat peletakan jawatan dan keputusan keluar parti kepada kepimpinan Umno bahagian.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita, Rashdey berkata sebenarnya ramai lagi yang meletak jawatan dan mengambil tindakan keluar parti tetapi mereka tidak dapat hadir ke ibu negeri kerana masalah logistik dan sebagainya.

Menurutnya, beberapa cawangan turut dibubarkan antaranya cawangan Umno seperti Kampung Panji Hujung 3, Kampung Tangngal 2, Kampung Simunul/Sri Gaya, cawangan Larapan.

Bagaimanap­un, bagi pihak dirinya sendiri, beliau nekad untuk berehat dan berundur dari bidang politik dan menumpukan sepenuhnya pada perniagaan serta bidang artis.

Sebelum ini, beliau memuat naik di laman sosial yang menyatakan beliau bersara daripada politik.

Beliaumeng­ucapkanrib­uan terima kasih dan mohon maaf sekiranya pernah terkasar bahasa semasa bersama suatu masa dulu.

 ??  ?? RASHDEY (tiga dari kanan) bersama pemimpin Pemuda yang meletak jawatan dan keluar parti.
RASHDEY (tiga dari kanan) bersama pemimpin Pemuda yang meletak jawatan dan keluar parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia