Utusan Borneo (Sabah)

GST: KPDNKK Kedah pantau 9,000 barangan di 300 premis perniagaan

-

SUNGAI PETANI: Sebanyak 9,000 barangan yang dijual di 300 premis perniagaan di seluruh negeri, telah diperiksa oleh Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kedah, sejak pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar bermula 1 Jun lepas.

Ketua Pegawai Penguatkua­saan Negeri, Chin Ching Chung berkata, sepanjang tempoh tiga hari itu juga, KPDNKK turut menerima dua aduan berkaitan GST serta tiga pertanyaan mengenai barangan yang terlibat dengan GST.

“Hanya dua aduan berkaitan GST yang diterima setakat ini, namun ia merupakan salah faham kerana pelanggan membuat belian sebelum sempat sistem baharu dikemaskin­i di premis terbabit dan peniaga terbabit telah membuat bayaran balik kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah di Pasar Raya Besar Mydin Taman Batik dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah, Datuk Johari Alifiah; Ketua CawanganKP­DNKKSungai Petani, Mazlan Safar; dan Ketua JKDM Sungai Petani, Mohd Sukri Jusoh.

Dalampadai­tu,beliauturu­t menasihatk­an pengguna agar memeriksa terlebih dahulu status barangan yang terlibat dengan pelaksanaa­n GST enam peratus sebelum ini, bagimengel­akkankekel­iruan dan salah faham.

“Selain itu, pengguna juga digalakkan meminta resit selepas membuat pembelian agar mereka dapat ketahui sama ada peniaga itu daftar GST atau tidak sebelum ini,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia