Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan program masjid capai matlamat

Belia disaran sertai program keagamaan

- Oleh YUSOP TEPPO menyampaik­an sumbangan kepada fakir miskin.

SANDAKAN: Golongan belia disarankan agar sentiasame­nyertaipro­gramprogra­m keagamaan di masjid sepanjang bulan Ramadan.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib berkata penglibata­n generasi muda perlu bagi memastikan program-program yang dijalankan pihak masjid mencapai matlamat.

“Penglibata­n mereka ini akan memberi kesedaran mengenai peranan luas institusi masjid yang tidak terhad sebagai tempat umat Islam menunaikan ibadat solat,” katanya.

Beliau yang juga Adun Gum-Gum berkata ia juga akan memperliha­tkan masjid bukan semata-mata tempat menunaikan ibadat tetapi mencakupi pelbagai aspek penganjura­n program

“Belia perlu merebut peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarak­atan untuk meningkatk­an potensi diri, membina kepimpinan serta ” akhlak mulia ARUNARNSIN TAIB

Pembantu Menteri Belia dan Sukan

ARUNARNSIN

keagamaan membabitka­n dan surau diminta supaya masyarakat. bertindak lebih proaktif dalam “Jawatankua­sa masjid usaha menarik golongan belia menyertai program-program yang dianjurkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa di kediaman Ali Munar di Kampung Dandulit pada Sabtu.

Beliau berkata jawatankua­sa terbabit merupakan tenaga penting untuk menggerakk­an institusi ibadat supaya lebih berfungsi sebagai pusat dakwah Islamiah setempat.

“Belia perlu merebut peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarak­atan untuk meningkatk­an potensi diri, membina kepimpinan serta akhlak mulia,” katanya.

Arunarnsin berkata belia juga perlulah bersikap positif, berfikiran rasional serta bijak menilai agar tidak terjebak dalam kegiatan yang boleh merosakkan masa depan.

“Saya berharap agar pihak jawatankua­sa masjid sentiasa bekerjasam­a dengan belia dalam melaksanak­an program keagamaan dan kemasyarak­atan yang akan lebih menyemarak­kan masjid itu sendiri,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an sumbangan kepada 13 fakir miskin sebelum berbuka puasa bersama penduduk kampung.

 ??  ??
 ??  ?? ARUNARNSIN beramah mesra bersama penduduk kampung sementara menunggu berbuka puasa.
ARUNARNSIN beramah mesra bersama penduduk kampung sementara menunggu berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia