Utusan Borneo (Sabah)

Beri sokongan kepada MBR semarak syiar Islam

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTAKINABA­LU:Pelbagai pihak di negeri ini disaran memberi sokongan padu kepada Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) dalam usaha masjid itu untuk menyemarak­kan syiar Islam, terutama melibatkan aktiviti membantu golongan kurang berkemampu­an.

Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Azhar Datuk Matusin berkata, langkah itu bukan sahaja membantu kerajaan malah turut berperanan menyuntik elemen keagamaan ke dalam masyarakat.

“Menganjurk­an lebih kerap program seumpama ini sekali gus dapat meringanka­n beban golongan kurang berkemampu­an lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan Al Mubarak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n bantuan kepada warga emas, fakir miskin, kanak-kanak kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal sekitar Kampung Likas pada Ahad.

Penyampaia­n sumbangan berupa keperluan makanan dan duit raya kepada 400 penerima itu disempurna­kan oleh Azhar pada majlis berkenaan.

Turut hadir ialah Pengerusi MBR Datuk Jamal Tun Sakaran, Timbalan Pengerusi MBR Yahamad Budin dan Pengerusi Syukbah Kebajikan MBR Dr Mohd Mustafa Kather Seeni serta AJK yang lain.

Azhar yang juga Adun Karambunai merakamkan penghargaa­n kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan program tahunan berkenaan yang memasuki kali ke-18.

Beliau juga berharap lebih ramai lagi dermawan akan tampil untuk menyalurka­n sumbangan pada masa depan.

Dalam pada itu, MBR sejak empat tahun kebelakang­an ini menganjurk­an program street sahur dan street sungkai dan baru baru ini, unit program itu berjaya mengagihka­n 2,000 bungkus set makanan untuk sahur dan berbuka puasa sekitar bandaraya.

 ??  ?? JAMAL (tujuh kiri) menyampaik­an cenderahat­i kapada Azhar.
JAMAL (tujuh kiri) menyampaik­an cenderahat­i kapada Azhar.
 ??  ?? AZHAR (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penerima.
AZHAR (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penerima.
 ??  ?? PENERIMA sumbangan.
PENERIMA sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia