Utusan Borneo (Sabah)

Adun Klias berbuka puasa bersama jemaah Masjid Nur Hidayah

-

BEAUFORT. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Isnin Hj Aliasneh berkesempa­tan membuat ziarah ke Masjid Nur Hidayah Kampung Klias Kecil untuk majlis berbuka puasa bersama ahli jawatankua­sa masjid berkenaan.

Menurut Pengerusi Masjid Nur Hidayah Kg Klias Kecil Hj Mokhtar Hj.Maslin, kunjungan ia adalah kunjungan Isnin yang pertama sekali dilaksanak­an bersempena bulan Ramadan tahun 2018 pada Sabtu.

“Selaku pengerusi masjid di kampung ini, kami mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Hj Isnin Aliasneh kerana meluangkan masa bersama kami,” katanya.

Katanya kunjungan Adun ke Masjid Kampung Klias Kecil telah memberikan peluang kepada beliau untuk menyampaik­an beberapa sumbangan kepada Jawatankua­sa Masjid untuk digunakan di bulan Ramadan dan beliau juga berkesempa­tan menyumbang­kan bantuan kepada golongan asnaf di kawasan berkenaan.

Beliau menambah, kunjungan itu juga dapat mengeratka­n hubungan silaturrah­im di antara jemaah masjid dan ahli jawatankua­sa yang telah diberikan tanggungja­wab menguruska­n pentadbira­n masjid.

“Bersesuaia­n dengan bulan yang mulia ini, amalan ziarah menziarahi di antara satu sama yang lain adalah sangat dituntut dalam agama, lebih-lebih lagi apabila menghulurk­an sedekah kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Mokhtar berharap semoga semua jemaah masjid dapat mengambil iktibar dan sentiasa memperbany­akkan amalan bersedakah di bulan Ramadan.

 ??  ?? ISNIN (empat dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Mokhtar (tiga dari kanan).
ISNIN (empat dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Mokhtar (tiga dari kanan).
 ??  ?? MAJLIS berbuka puasa di perkaranga­n Masjid Kg Klias Kecil yang disertai oleh Isnin (dua dari kanan) dan Mokhtar (kanan) bersama para jemaah masjid.
MAJLIS berbuka puasa di perkaranga­n Masjid Kg Klias Kecil yang disertai oleh Isnin (dua dari kanan) dan Mokhtar (kanan) bersama para jemaah masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia