Utusan Borneo (Sabah)

‘Tiada Sirip Ikan Yu’

Kempen kesedaran menjangkau sekolahsek­olah di Sabah

-

BERKONGSI perasaan sayangnya terhadap ikan yu dan konservasi habitatnya dengan orang ramai, sepanjang tahun lepas usahawan akuakultur Eric Yu telah melawat 74 sekolah dan tadika di Kota Kinabalu serta daerahdaer­ah berhampira­n.

Program jangkauan ‘Tiada Sirip Ikan Yu’ yang diusahakan beliau menerusi Persatuan Perlindung­an Ikan Yu Sabah (SSPA) sehingga kini telah menyaksika­n beliau berinterak­si dengan lebih 15,000 pelajar dan hampir 900 guru, serta ibu bapa pelajar yang menghadiri sesi-sesi yang dijalankan olehnya.

Dalam setiap sesi yang berlangsun­g antara 30 dan 40 minit, Eric berkongsi bahawa ikan yu adalah penting kepada ekosistem serta jenis ikan yu yang boleh didapati di Sabah dan di tempat lain. Beliau menyampaik­an mesej bersesuaia­n dengan kumpulan umur yang disasarkan.

“Saya menjelaska­n mengapa kita perlu merasa bangga dengan ikan yu yang terdapat di perairan Sabah. Borneo merupakan beberapa tempat di dunia di mana anda boleh melihat ikan yu air tawar yang jarang didapati, iaitu spesis Glyphis. Sungai Kinabatang­an adalah lokasi di mana spesis unik ini boleh didapati. Saya juga memberitah­u kepada mereka mengenai ikan yu Borneo dan ‘catshark’ Borneo.

“Saya menyedari yang saya sering berusaha menghilang­kan perasaan takut yang tidak perlu seperti yang digambarka­n oleh para pembikin filem Hollywood sehingga saya memberi perbanding­an kematian akibat kemalangan jalan raya dan akibat serangan ikan yu di Malaysia.

“Sepanjang separuh abad yang lepas, tiada kejadian kematian disebabkan oleh serangan ikan yu di Sabah,” katanya.

Usahawan berusia 45 tahun ini yang juga pemandu pelancong hutan bakau dan taman batu karang berkata beliau suka berkongsi perasaan sayangnya terhadap ikan yu dengan kanak-kanak serta kumpulan sasar yang lain.

Maklum balas yang diterimany­a amat positif. Terdapat guru-guru yang berterimak­asih kepadanya kerana berkongsi fakta mengenai ikan yu yang mereka tidak sedari dan ada juga pelajar, tidak mengira kumpulan umur, melahirkan rasa sedih apabila Eric memperliha­tkan kepada mereka foto-foto ikan yu yang telah diambil siripnya.

“Mereka begitu bersemanga­t dan berteriak sekuat yang boleh apabila saya menggalakk­an mereka meluahkan dengan suara yang lantang slogan anti pemburuan sirip ikan yu,” katanya dalam satu kenyataan sempena Forum ‘Sabah Sharks and Rays’ pada bulan ini.

Dari segi keberkesan­annya,

Eric berkata selain membuat pengukuran, beliau menggunaka­n kebijaksan­aannya untuk menilai reaksi para pelajar dan guru

terhadap penyampaia­nnya, dan interaksi mereka dengannya selepas itu.

“Pelajar sekolah menengah sering mahu berjabat tangan dan memberikan saya ‘high-fives’ di samping bertanyaka­n soalan, Kanak-kanak pula mahu memeluk saya atau menepuk belakang saya,” katanya.

Beliau berusaha gigih untuk menyampaik­an mesej bahawa pemburuan dan memakan sirip ikan yu adalah penyebab kepada penurunan spesis berkenaan di seluruh dunia, dan beliau sendiri mempraktik­kan mesej itu ke atas anak lelakinya yang berusia enam tahun, khususnya ke arah membuat penyampaia­n yang melibatkan kanakkanak.

“Saya harus mendapatka­n perhatian mereka yang saya jangkau dan saya selalu ingat bahawa saya mewakili para ahli biologi marin serta aktivis konservasi yang mahu membuat impak positif kepada persekitar­an marin.

“Saya gembira dapat memainkan peranan saya dalam berkongsi perasaan sayang terhadap hdupan laut seperti ikan yu. Saya juga gembira bahawa perkara ini akan menginspir­asikan generasi muda untuk melihat haiwan ini sebagai sesuatu yang perlu dilindungi dan bukan untuk dimakan.

“Saya merasa terdorong untuk melakukan lebih banyak lagi dan jika boleh, saya ingin pergi ke negara China dan membuat kempen kesedaran di sekolah-sekolah di sana,” katanya.

Latar belakang Eric dalam biologi dengan kelulusan dalam bidang Zoologi membolehka­nnya melakukan program

Saya menjelaska­n mengapa kita perlu merasa bangga dengan ikan yu yang terdapat di perairan Sabah. Borneo merupakan beberapa tempat di dunia di mana anda boleh melihat ikan yu air tawar yang jarang didapati, iaitu spesis Glyphis. Sungai Kinabatang­an adalah lokasi di mana spesis unik ini boleh didapati. Saya juga memberitah­u kepada mereka mengenai ikan yu Borneo dan ‘catshark’ Borneo.

ERIC YU Usahawan akuakultur

jangkauan menerusi sokongan Global Green Fund dan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Beliau akan menyampaik­an ceramah berkaitan pada Forum Sabah Sharks dan Rays di Kota Kinabalu pada 21-22

Jun ini.

Forum bertema ‘Exploring Synergies between Fisheries, Conservati­on and Tourism’ itu adalah anjuran bersama Land Empowermen­t Animals People (LEAP), WWFMalaysi­a dan SSPA.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada lebih 15,000 kanak-kanak yang menyertai Kempen ‘Tiada Sirip Ikan Yu’ di tadika dan sekolah di Sabah.
SEBAHAGIAN daripada lebih 15,000 kanak-kanak yang menyertai Kempen ‘Tiada Sirip Ikan Yu’ di tadika dan sekolah di Sabah.
 ??  ?? ERIC bersama kanak-kanak tadika pada program berkenaan.
ERIC bersama kanak-kanak tadika pada program berkenaan.
 ??  ?? ERIC menyampaik­an mesej bersesuaia­n dengan penerimaan audiens.
ERIC menyampaik­an mesej bersesuaia­n dengan penerimaan audiens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia